suria

Zainal Abidin sudah cerai Fyna Jebat, jumpa bekas isteri kedua selesai isu berbangkit

Zainal Abidin mengaku ada keluar makan bersama bekas isteri keduanya, Fyna Jebat.

STATUS perkahwinan penyanyi Fyna Jebat dan Datuk Zainal Abidin Hassan akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih bola sepak kebangsaan itu mengesahkan mereka sudah sah bercerai.

Menjelaskan hal tersebut, Zainal, 62, memberitahu mereka berpisah secara baik namun tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bercerai.

"Kami sudah berpisah secara damai," katanya.

Zainal menjawab perkara tersebut ketika muncul sebagai tetamu dalam rancangan Nindia Bola menerusi saluran Astro Arena pada malam Isnin.

2240721

Zainal dan Fyna membuat kejutan apabila mengaku sudah berkahwin.

Dalam pada itu, Zainal mengakui foto tular memperlihatkan seorang lelaki dan wanita mirip dirinya dan Fyna sedang makan di sebuah restoran adalah diri mereka.

Jelasnya, mereka bertemu bagi membincangkan beberapa perkara berbangkit.

"Iya, itu memang saya. Saya jumpa bekas isteri kedua. Pergi makan berjuma ada benda nak selesaikan beberapa masalah," ujarnya menjawab soalan pengacara program tersebut, Hafizal Hamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebelum ni heboh dah cerai, Zainal Abidin komen video bersarapan dengan wanita seperti Fyna Jebat

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak pernah berdamai dengan Fyna Jebat, anak dedah Zainal Abidin dah ceraikan isteri muda

Sementara itu, Zainal berkata, dia menganggap perhatian orang ramai tentang kehidupan peribadinya sebagai perkara biasa memandangkan dia dan Fyna mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Itu biasalah," katanya.

Sebelum ini, penularan video Fyna dan Zainal menimbulkan tanda tanya ramai tentang status sebenar hubungan mereka sama ada masih bersama atau sudah berpisah.

2240719

Timbul khabar angin pasangan ini sudah bercerai.

Ketika dihubungi mStar, Zainal secara ringkas menjawab dia belum menonton video tersebut lalu mematikan panggilan telefon.

Awal Januari lalu, Fyna atau Nur Syafinaz Jebat, 30, membuat pendedahan dia sudah bergelar isteri kedua kepada Zainal namun tidak menjelaskan butiran perkahwinan mereka.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul pula cerita kononnya hubungan mereka sudah berakhir.

Fyna mengambil langkah mengunci mulut dan tidak memberi sebarang respon selepas dikhabarkan sudah bercerai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain