suria

Netizen selongkar video lama Abang Tesla, nasihat lelaki setia pada satu... “Bila curang rosak hubungan dan bisnes”

Nama Abang Tesla hangat diperkatakan sejak dua tiga hari ini.

NAMA personaliti media sosial Abang Tesla terus hangat diperkatakan susulan berkongsi video meminta izin isteri pertama iaitu Nurmajdina Jamari tiga jam sebelum majlis pernikahan kedua dilangsungkan.

Meskipun mendapat keizinan namun ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pemilik nama sebenar Muhammad Kahl Iltizam Yusry yang dikatakan sudah melukakan hati isteri pertamanya.

Susulan rasa tidak puas hati, netizen bertindak mengorek video lama Abang Tesla yang pernah memberi nasihat dan tip menjaga hati isteri demi kebahagiaan rumah tangga.

Menerusi video tersebut, influencer tersebut membawa isteri pertamanya yang merajuk membeli belah pakaian musim sejuk sebelum berangkat ke Switzerland.

tesla 2

Netizen meluahkan rasa geram selepas menonton video Abang Tesla meminta izin isteri pertama tiga jam sebelum bernikah dengan isteri kedua.

Abang Tesla memberitahu dia bukan takut dengan isteri tetapi menghormatinya wanita itu dan membawanya bercuti ke luar negara sebagai cara memujuknya.

Bagaimanapun, di akhir video tersebut Abang Tesla turut menasihati golongan lelaki bahawa kaum itu perlu setia terhadap seorang isteri.

Jelasnya perbuatan menduakan isteri hanya akan merugikan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin 2 dan hebah! Kaunselor ada pesanan untuk suami yang terinspirasi dengan poligami Abang Tesla... Isteri ada fitrah tak rela berkongsi

ARTIKEL BERKAITAN: “Awas Hanif Zaki” - Anzalna buka album kahwin sebagai peringatan, emosi suami tak hargai isteri

"Berkenaan isu nak kahwin dua ke tiga ke memang mampu sangat tapi sebagai seorang lelaki kita hanya setia pada satu.

"Sebabnya bila kita berlaku curang, benda ni akan merosakkan hubungan dan bisnes," kongsinya.

Sehubungan itu, rata-rata netizen berpendapat nasihat yang diberikan oleh Abang Tesla telah berbalik semula kepada dirinya dan menyifatkannya sebagai cakap tidak serupa bikin.

"Jangan percaya kata-kata rempit! Saya dari masa depan. Emosi nampak muka dia ini, bagi tips pandai tapi diri sendiri tak ikut.

tesla 1

Video lama Abang Tesla kembali tular di media sosial.

"The real diuji dengan kata-kata sendiri," antara komen netizen.

Menerusi video dia meminta izin terhadap isteri pertama, Abang Tesla memberitahu Nurmajdina reda dia berkahwin lagi dan sangat menjaga aibnya sebagai suami.

"Tipulah kalau dia tak sedih tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya.

"Isteri yang baik adalah yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain