suria

“Lelaki memang tak boleh ada duit” - Kak KM wakili kaum wanita bersuara isu Abang Tesla, bengang cakap tak serupa bikin

Kak KM selar tindakan Abang Tesla.

SUSULAN kisah rumah tangga influencer dikenali Abang Tesla berkahwin dua tular di media sosial, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM tampil memberikan pandangan peribadinya.

Mengulas mengenai kontroversi berkenaan, Kak KM berpendapat lelaki yang beroleh kekayaan lebih mudah untuk mencari wanita lain kerana berasakan diri mereka sudah memiliki segalanya.

"Tapi apa yang boleh kita rumus dekat sini, sebenarnya lelaki ini tidak boleh ada duit.

km2 - 1

Kak KM meluahkan pendapat sebagai seorang wanita.

"Bila ada duit saja kau menggelabah tengok perempuan. Padahal sebelum ini dia buat kenyataan kita kena setia pada yang satu.

"Janganlah cakap tak serupa bikin bang... bencilah! Eh, tak sukalah saya. Memang semua lelaki tak boleh ada duitlah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen selongkar video lama Abang Tesla, nasihat lelaki setia pada satu... "Bila curang rosak hubungan dan bisnes"

ARTIKEL BERKAITAN: "Awas Hanif Zaki" - Anzalna buka album kahwin sebagai peringatan, emosi suami tak hargai isteri

Kak KM berkongsi luahan itu menjawab pertanyaan seorang pengikut yang meminta pandangannya berhubung isu itu di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Kak KM berkata dia mula mengikuti kisah lelaki itu selepas dimaklumkan oleh pengikutnya di media sosial.

Tidak membantah hukum poligami, Kak KM bagaimanapun mengakui sebagai wanita dan isteri, isu berkenaan agak sensitif terhadap dirinya.

"Ramai sangat yang DM saya minta saya komen tentang Abang Tesla ni... daripada saya tak tahu sampai jadi tahu sebab ramai yang cerita pada saya.

"Bagi saya sebenarnya memanglah tak salah kahwin dua tetapi dengan cara dia (Khal) bercakap bini pertama patut dihargai... bini kedua patut dicintai.

"Saya rasa bengang jugalah sebab kita perempuan kan? Mentang-mentanglah dia ada kuota empat, suka hati dia saja," ujarnya.

km1 - 1

Kak KM menyifatkan isu poligami adalah sensitif.

Sebelum ini, Abang Tesla nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain