suria

Aishah cari Amir Pearl depan pintu rumah, tuntut hadiah tanah tak selesai

Aishah tuntut Amir (kanan) tunai janji.

TUNTUTAN kes berkaitan hadiah sebidang tanah lot yang dimenangi penyanyi Datuk Aishah sempena kejuaraannya dalam program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) nampaknya masih belum selesai.

Tegas menuntut haknya sendiri Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, muncul di hadapan rumah penaja hadiah itu, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang juga vokalis kumpulan Pearl.

Menurut Aishah dia hadir bersama peguam selepas mengemukakan writ saman terhadap Amir pada 8 Ogos lalu dan proses lelongan sepatutnya berlaku dua minggu selepas tarikh berkenaan.

aishah 2

Aishah berkongsi video di hadapan rumah Amir.

"Saya telah kemukakan writ dan sepatutnya proses lelongan memang dua minggu selepas itu. Saya telah ke Mahakamah Sepang untuk hal berkenaan. Hari ini saya datang bersama peguam dan juga bailif iaitu pegawai mahkamah.

"Jadi kami datang ke sini untuk lelong barang-barang dia. Tetapi tiada orang pula," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu Aishah berkongsi video memperlihatakan dia berada di hadapan rumah Amir.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dah boleh duduk tenang, akhirnya kes tuntutan hadiah tanah lot GV4 selesai

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pun artis, takkan saya nak tipu lot tanah tu” - Amir Pearl

Bagaimanapun pemuda tersebut tiada di rumah.

Tambahnya Amir juga telah melanggar perjanjian persetujuan yang telah dibuat bersama bagi penyelesaian kemelut tersebut pada Sepetember tahun lalu.

"Dia sudah bersetuju di hadapan hakim untuk selesaikan isu ini dengan bayaran yang tidak boleh didedahkan berserta permintaan maaf. Jika dia melanggar syarat maka ia akan kembali semula kepada perjanjian asal.

Saya tidak akan lepaskan perkara ini. Lebih baik datang berjumpa dan selesaikan masalah ini

DATUK AISHAH

PENYANYI

"Dalam masa sama dia juga ada minta untuk melakukan bayaran ansuran, namun ada bulan di mana dia tidak membuat bayaran. Saya menunggu namun dia masih ingkar,” katanya.

Dalam masa sama Aishah juga tegas dengan tuntutan yang dibuat sebelum ini berharap agar Amir selaku penaja dapat bersemuka untuk menyelesaikan kemelut antara mereka.

"Ini bukan perkara main-main untuk saya buat. Susah kalau orang nak lari-lari ni. Saya datang bersama peguam saya.

aishah 3

Aishah ketika bergelar juara GV4.

"Amir, saya tidak akan lepaskan perkara ini. Lebih baik datang berjumpa dan selesaikan masalah ini," tegasnya.

Pada GV4 itu, Aishah dinobatkan sebagai juara dan kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Isu timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Bagaimapan pun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian.

Aishah juga dikatakan setuju dengan tawaran tersebut.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain