suria

Ameera Khan dituduh letak taruhan lumba kuda, ibu sifatkan fitnah - “Ini sangat biadab!”

Noor Kartini tampil menafikan dakwaan Ameera berjudi.

IBU kepada personaliti media sosial sensasi Ameera Khan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menuduhnya anak perempuannya itu terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.

Datin Noor Kartini Mohamed berkata, tuduhan mendakwa Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda seperti yang ditularkan di media sosial adalah fitnah.

Malah Noor Kartini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai biadab selain berpesan kepada pihak berkenaan menggunakan cara halal dalam mencari rezeki.

Noor Kartini 2

Noor Kartini menganggap tuduhan tersebut adalah biadap.

"Ini sangat biadab. Nak berniaga biarlah rezeki yang halal.

"Bukan sanggup fitnah macam ini," katanya.

Ibu kepada pengacara dan pelakon Neelofa itu meluahkan kekesalan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Mierul Aiman tunai janji kepada ibu bapa, ijazah bidang kejuruteraan mekanikal kini dalam genggaman

ARTIKEL BERKAITAN: Kita tidak tahu kita akan masuk syurga atau neraka, Da’i Syed mohon maaf kepada wanita heretnya ke mahkamah

Noor Kartini turut memuat naik paparan skrin hantaran di Facebook yang menyiarkan foto serta kapsyen persoalan sama ada keluarga Ameera tidak menegurnya yang dikatakan terlibat dengan perjudian.

Sebelum ini, nama Ameera kembali tular apabila memuat naik foto menghadiri sebuah acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Susulan itu, ramai melemparkan kata-kata negatif ekoran Ameera ada memuat naik fotonya sedang memegang tiket dengan kapsyen meletakkan pertaruhan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain