suria

Penularan video serah kereta calar imej ND Lala, tak pernah rasa dihina sedemikian rupa... Minta bekas isteri berhenti menipu

ND Lala pernah hubungi anak-anak dan isteri semasa kejadian kereta.

PENYANYI Datuk ND Lala menjelaskan penularan video memperlihatkan dia memegang telefon merakam anaknya iaitu Amir Syafiq ketika memulangkan sebuah kenderaan milik isteri mudanya telah mencalarkan imejnya sebagai selebriti.

ND Lala atau Amir Hamzah Salleh berkata, dia tidak pernah dihina sedemikian rupa selain semua reputasinya yang dibina sejak 41 tahun lalu sudah terpadam.

"Satu video yang telah ditularkan oleh bekas isteri saya di media sosial berhubung kereta milik isteri (Siti Munirah) saya. Akibat perbuatan itu saya telah dihina dan dicaci.

"Ini benar-benar telah menjatuhkan maruah saya dan reputasi yang telah saya bina sejak 1982... Saya telah berjuang selama 41 tahun dalam industri ini.

2247980

Isteri baharu ND Lala terpaksa buat laporan polis berhubung kereta.

"Saya tidak pernah dihina sebegini rupa oleh masyarakat kerana ini semua, rekod kejayaan saya terpadam," katanya.

ND Lala meluahkan perkara itu menerusi tiga hantaran video di Instagram miliknya selepas lama mendiamkan diri tentang kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Fauziah Sarman.

Fauziah sebelum ini pernah mendedahkan bekas madunya itu pernah membuat laporan polis mendakwa salah seorang anaknya mencuri kenderaan miliknya.

Kata Fauziah, wanita berkenaan mendesak agar kereta itu dipulangkan kepadanya selain meminta anaknya itu membuat permohonan maaf secara bertulis dan lisan.

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala dedah bekas isteri desak cerai, bini muda mulanya tolak nikah... Jangan panggil dia penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz cerai ND Lala terhadap isteri menerusi WhatsApp sah

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu juga mendakwa ND Lala menghilangkan diri hampir setahun dan gagal dihubungi sebelum muncul di separuh akhir dan final program Gegar Vaganza pada November 2022 bagi memberi sokongan kepada Shila.

Dalam pada itu, ND Lala menjelaskan apa diceritakan oleh Fauziah mengenai insiden tersebut sebagai penipuan.

Sebaliknya dia masih boleh dihubungi sehari sebelum menyerahkan kereta pada 19 September 2022.

"Bekas isteri saya telah berbohong tentang saya yang tidak dapat dihubungi tapi sehari sebelum kejadian itu saya berada di Kuala Kangsar dan menghubungi dua orang anak saya dan bekas isteri saya.

nd

ND Lala dan Fauziah sah bercerai 5 September lalu.

"Saya ada maklumkan keadaan saya sihat dan minta tunggu saya balik," katanya.

Jelasnya lagi, dia membuat keputusan untuk keluar dari rumah selepas keluarganya enggan memberi kerjasama dan laporan polis yang dibuat disebabkan mereka enggan memulangkan kereta tersebut.

Sementara itu, ND Lala mendakwa masih terdapat beberapa barang miliknya yang masih belum dipulangkan oleh Fauziah termasuk pasport antarabangsanya dan Siti Munirah.

Pada 9 Ogos lalu, Fauziah memaklumkan sudah diceraikan suaminya yang melafazkan cerai itu di Masjid Ar Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lalu dan memaklumkan tentang lafaz itu melalui aplikasi WhatsApp pada 8 Ogos 2023.

Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 5 September lalu mengesahkan lafaz dibuat penyanyi itu terhadap Fauziah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain