suria

Abby Abadi pernah jumpa wanita dakwa anak perosak rumah tangga, perjelas kenyataan junjung al-Quran

Abby mengakui pernah bertemu dengan wanita yang mendakwa anak gadisnya meruntuhkan rumah tangganya sebelum ini.

PELAKON Abby Abadi mendedahkan dia pernah bertemu wanita yang mendakwa anak perempuannya menjalinkan hubungan sulit dengan suami individu itu.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 46, menjelaskan semasa pertemuan itu mereka pada awalnya tidak mengetahui situasi sebenar dan hanya dimaklumkan mengenainya ketika berjumpa.

"Ya, kami ada berjumpa. Itu waktu baru dimaklumkan hal ini. Memang masa itu tidak tahu cerita pun," katanya.

Aslam dan Umisya

Umisya dan Aslam ketika menyambut ulang tahun perkahwinan pada 26 Julai lalu.

Abby membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abby turut mempersoalkan kenyataan dibuat kakak wanita berkenaan dikenali sebagai Nadiah Mazlan di Instastory miliknya berhubung keluarganya telah membuat permohonan maaf semasa berjumpa.

"Bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu... Tu malas nak bercakap, jadi geram dengan perangai manusia ni," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak dua dedah rumah tangga musnah, dakwa anak gadis pasangan artis popular jadi ‘penyondol’

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi minta komen dulu, akan tampil jawab isu tular dipercayai ada kaitan anak gadisnya

Abby juga turut menyangkal pihaknya pernah menjunjung al-Quran dan meminta pihak berkenaan sekiranya ingin menceritakan hal tersebut tidak membuat orang lain tertanya-tanya.

"Al-Quran itu? Yang pasti bukan dari pihak kami ya. Nak bercerita itu bagi jelas. Jangan buat orang tertanya-tanya dan bersangka-sangka," luahnya lagi.

Nadiah dalam beberapa hantaran berbeza di Instastory miliknya mendedahkan bekas suami adiknya itu dikenali sebagai Ahmad Aslam pernah bersumpah sehingga menjunjung al-Quran mengatakan dia tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

Kenyataan Nadiah - 1

Antara pendedahan yang dilakukan Nadiah di Instastory pada Jumaat.

Tambah Nadiah, hubungan sulit yang telah lama terjalin itu terpaksa dirahsiakan demi menjaga aib keluarga masing-masing.

Pada malam Khamis, wanita bernama Umisya dalam hantarannya di X (Twitter) mendedahkan anak pelakon tersebut menjadi penyebab rumah tangganya musnah.

Ibu kepada dua anak itu memaklumkan, peluang sebanyak tiga kali yang pernah diberikan sebelum ini tidak diendahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain