suria

Abby Abadi minta komen dulu, akan tampil jawab isu tular dipercayai ada kaitan anak gadisnya

Abby Abadi akan tampil menjelaskan mengenai dakwaan anaknya menggangu rumah tangga orang.

PELAKON Abby Abadi akan tampil membuat penjelasan berhubung satu isi yang tengah tular ketika ini dipercayai ada kaitan dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan berkata, buat masa ini dia membiarkan netizen mengulas mengenai isu yang sedang tular itu sebelum dia tampil membuat penjelasan.

"Tentang isu yang viral ini, tidak mengapa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya, nanti saya jawab.

"Memang sedap bersangka-sangka, menambah cerita dan menunding jari pada orang ini," katanya.

gfs

Nama Marissa tiba-tiba menjadi sebutan ramai.

Abby membuat penjelasan itu menerusi Instastory miliknya sambil memuat naik foto bersama anak perempuannya itu.

Ia selepas tular satu posting daripada seorang wanita anak dua yang mendakwa rumah tangganya musnah akibat orang ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak dua dedah rumah tangga musnah, dakwa anak gadis pasangan artis popular jadi ‘penyondol’

ARTIKEL BERKAITAN: Sup ikan jenahak buat suami sedang sakit, aksi Intan Najuwa di dapur buat ramai kagum - “Ini baru berbaloi hantaran mahal”

Wanita itu mendakwa dia sudah memberi peluang sebanyak tiga kali kepada suaminya dan gadis itu mengakhiri hubungan mereka namun ia tidak diendahkan.

Wanita itu turut meluahkan rasa kesal disebabkan tindakan itu dua anaknya hilang kasih sayang daripada bapa mereka.

Usaha mStar menghubungi Abby dan bapa kepada Marissa iaitu aktor Norman Hakim bagi mengulas lanjut isu itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej yang dihantar tidak dibalas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain