suria

Caprice dituduh reka cerita tentang individu berwatak alim, sudah serah bukti pada pihak polis - “Kali ini kita bijak sikit”

Caprice telah lakukan pelbagai persiapan awal sebelum memanggil Mondy.

PENYANYI dan aktivis kemanusian Caprice menjelaskan pihaknya sudah membuat satu laporan polis sebelum membuat rakaman podcast bersama wanita bertatu iaitu Mondy Tattoo yang mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual individu berpewatakan alim.

Caprice atau Ariz Ramli, 33, berkata, dia juga sudah menghantar Mondy membuat penilaian pakar psikiatri selain merakam semua perbualannya dengan pasukan individu berkenaan sebagai bukti.

"Ramai mula tuduh saya bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ini kita bijak sikit.

"Sebelum keluarkan podcast, kami sudah buat laporan polis, penilaian pakar psikiatri Mondy dekat hospital dan dengan izin mangsa kami rakam semua perbualannya dengan pasukan ustaz tahun ini.

Mondyy

Mondy mendedahkan pengalaman buruk dialaminya ketika datang ke Malaysia.

"Sebelum kita DM (direct message) dan jemput Mondy minggu lepas," kongsinya menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.

Caprice membuat penjelasan itu sebagai menjawab tuduhan netizen yang mereka cerita tanpa bukti selain ingin menjatuhkan reputasi baik individu berkenaan.

Tidak hanya itu, Caprice turut berkongsi perbualan WhatsApp Mondy bersama seorang lelaki dipercayai orang kepercayaan individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Mondy Tattoo dedah individu berwatak alim cuba menggatal dalam kereta... Siap tutup tingkap dengan tirai!

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice tak tunduk desakan jangan campur kes jenayah seksual, bakal dedah lebih banyak bukti

Jelasnya bukti dikongsikan itu merupakan rujukan kepada pendedahan Mondy di dalam podcast yang disiarkan di saluran YouTube miliknya Caprice Original Films pada malam Jumaat.

Caprice memberitahu pihaknya juga mempunyai bukti lain namun kesemuanya sudah diserahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan.

"Salah satu bukti cerita dia kena sentuh adalah satu perbualan WhatsApp antara Mondy dan pengawal peribadi atau pembantu peribadi bernama 'Ajai' pada 9 Julai 2023 tentang dia kena sentuh dan Mondy sendiri ulang yang dia takut.

Ramai mula tuduh saya bayar atau reka cerita bersama Mondy. Kali ini kita bijak sikit.

CAPRICE

PENYANYI RAP/AKTIVIS KEMANUSIAAN

"Pasukan kami ada beberapa bahan bukti lain dan sudah serah semua kepada pihak PDRM sebelum keluarkan episod satu podcast," jelasnya.

Dalam pada itu, Caprice memaklumkan pendedahan dilakukan bukan untuk memburukkan nama seseorang sebaliknya ingin membantu mangsa-mangsa yang lain.

Caprice juga berharap kesemua mangsa-mangsa akan mendapat keadilan yang sepatutnya suatu hari nanti.

"Kepada pihak-pihak yang tuduh kita reka atau bayar talent untuk saja reka cerita sebab nak jatuhkan seorang ustaz, ini adalah fitnah besar.

Bukti Mondy

Caprice berkongsi perbualan dipercayai di antara Mondy dan salah seorang pembantu individu berkenaan.

"Kita tak ada masa nak jatuhkan siapa-siapa, hanya nak guna platform kita sekarang untuk bantu mangsa-mangsa dekat luar sana untuk bersuara dan kongsi.

"Insya-Allah satu hari nanti, keadilan di pihak mangsa-mangsa," ujarnya.

Pada malam Jumaat, Mondy yang merupakan wanita dari Indonesia tampil membuat pendedahkan terdapat beberapa kali cubaan gangguan seksual oleh individu tersebut.

Menerusi video temuramah bersama Caprice, Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain