suria

Enggan kongsi punca sebenar, isu tak jadi kahwin sudah diselesaikan secara baik - Syafiq Kyle

Syafiq Kyle akhirnya bersuara sejak berita perkahwinannya dengan Mimi Lana dibatalkan.

PELAKON Syafiq Kyle sudah menyelesaikan isu membatalkan perkahwinan dengan aktres Mimi Lana secara baik di antara keluarga kedua-dua belah pihak.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, bagaimanapun berkata, dia tidak perlu memperincikan perkara itu kepada umum dan berharap ia tidak lagi dibangkitkan selepas ini.

"Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah pun menyelesaikan perkara ini secara baik di antara kami.

"Saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut dan harap tiada lagi 'follow up' selepas ini. Itu sahaja jawapan saya," katanya kepada mStar.

2066118

Syafiq memberitahu isu di antara mereka berdua sudah diselesaikan dengan baik.

Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media filem berjudul Doh yang berlangsung pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, buat masa ini dia enggan berfikir mengenai perkara lain selain memberi fokus kepada karier dan keluarga yang menjadi tulang belakangnya.

Bagaimanapun pelakon itu tetap berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat tentang hal itu memandangkan dia mengambil pendekatan mengunci mulut sejak berita pembatalan pernikahannya dilaporkan media.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

"Saya ambil maklum mengenai isu ini dan terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang diri saya.

"Saya harap isu ini tidak lagi diulas dengan lebih lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak.

"Buat masa sekarang biarlah kami mengambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada keluarga dan karier," jelasnya.

Saya rasa perkara ini tidak perlu diulas lanjut dan harap tiada lagi 'follow up' selepas ini.

SYAFIQ KYLE

PELAKON

Sementara itu, Syafiq juga enggan mengulas berhubung khabar angin mengatakan isu dia dan Mimi tidak jadi berkahwin disebabkan dirinya.

"Maaf, soalan lain," ujarnya ringkas.

Mimi dan Syafiq sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu dalam sebuah majlis pernikahan yang dirancang berlangsung di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun jemputan majlis itu mendapat kiriman emel memaklumkan majlis itu dibatalkan pada 11 Ogos lalu.

553

Pasangan ini sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Doh merupakan naskah sulung yang dihasilkan oleh produksi Syafiq iaitu Indigo Films.

Filem ini mengishakan Faiz yang dilakonkan Syafiq tersepit dengan tanggungjawab dalam menerajui bakeri yang diwarisi dari bapanya.

Situasinya menjadi lebih rumit apabila sebuah bakeri moden yang sangat popular muncul di sekitar kawasan tersebut.

Selain Syafiq, Doh juga dibintangi Sherlyn Seo, Fabian Loo, Fatimah Abu Bakar, Aida Amron, Fariz Isqandar dan ramai lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain