suria

Lelaki 55 tahun hendap pembaca berita didakwa, Kamalia Jamaludin trauma diganggu sampai studio

Kamalia bertindak membuat laporan polis selepas dihendap seorang lelaki sehingga ke pejabat.

PEMBACA berita Kamalia Jamaludin mendedahkan dia menjadi mangsa gangguan seorang lelaki didakwa peminat fanatik yang meminatinya sejak enam tahun lalu.

Kamalia atau Ainaa Kamalia Jamaludin, 31, berkata, dia akhirnya memberanikan diri membuat laporan polis selepas lelaki berkenaan datang ke pejabatnya sehingga masuk ke studio bilik berita bagi bertemu dengannya.

Katanya, selepas pertemuan itu juga dia masih menerima gangguan dalam bentuk emel dan mesej sebelum membuat laporan di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

kamalia1 - 1

Kamalia di perkarangan mahkamah untuk mendengar perbicaraan.

"Suspek datang ke studio bilik berita dan ketika itu dia menegur saya... Saya melayaninya dengan baik kerana anggap dia sebagai peminat.

"Dia beritahu pernah DM saya di Instagram tetapi saya tidak membalasnya malah dia juga ada meminta nombor telefon saya.

"Disebabkan tiga kali dia bertindak ke ofis dan masih mengirimkan emel, saya mula rasa tidak selesa dan terus membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Miss Universe Malaysia 2020 diekori lelaki berjubah siap berkopiah, rupanya individu sama ajak masuk bilik hotel setahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'stalk' jurufoto wanita diarah ke Hospital Bahagia, tak dibenar ikat jamin

Pada pagi Jumaat, lelaki berkenaan iaitu Muhammad Azhari @ Azari Abdul Rahman, 55, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mengendap dan melakukan gangguan berulang kali terhadap Kamalia.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mahkamah memerintahkan lelaki itu mendapatkan status kesihatan mental terlebih dahulu.

Dia beritahu pernah DM saya di Instagram tetapi saya tidak balas... Dia juga ada meminta nombor telefon saya.

KAMALIA JAMALUDIN

PENYAMPAI RADIO

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Asisten uperintendan Muhamad Sapri Yaakub menawarkan jaminan RM3,000 terhadap tertuduh namun keluarga memohon agar lelaki itu dihantar ke hospital bagi mendapatkan status kesihatan mental.

kamalia3 - 1

Kamalia trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Kamalia mengakui dia berasa tertekan dengan situasi dihadapinya sehingga membuatkan dia berasa trauma membuka emel atau laman sosial miliknya.

"Sekarang ini negara kita sudah ada akta baru iaitu Seksyen 507A untuk kesalahan menghendap.

"Mungkin masih ramai lagi tidak tahu mereka boleh buat laporan polis dan jangan malu untuk report demi keselamatan diri kita juga," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain