KUMPULAN Radja masih trauma dengan insiden diugut bunuh selain dilemparkan kata-kata kesat oleh penganjur konsert mereka yang diadakan di Johor pada Mac lalu. Vokalis Radja iaitu Ian Kasela bagaimanapun berkata, kejadian itu tidak menjadi pematah semangat buat mereka kembali menghiburkan peminat di Malaysia. Malah sudah menganggap Malaysia sebagai rumah kedua mereka. Biarpun masih trauma tetapi Radja tidak patah semangat untuk meneruskan konsert. "Sebagai manusia biasa, wajar untuk rasa trauma tetapi kami sudah tidak ambil peduli akan hal itu lagi. "Ini kerana perkara yang berlaku sebelum ini adalah masalah dalaman mereka... Kami masih sayangkan Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Radja terima ugutan bunuh di Johor, penganjur konsert buka cerita dan mohon maaf ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak kumpulan Radja trauma insiden diugut bunuh, batal semua jemputan ke Malaysia "Negara ini sudah menjadi rumah kedua kami, kenapa kami mahu tinggalkan rumah kedua kami sebdiri hanya kerana masalah dalaman mereka," katanya kepada mStar. Radja berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Live In Concert yang diadakan pada Rabu. Sebagai manusia biasa, wajar untuk rasa trauma tetapi kami sudah tidak ambil peduli akan hal itu lagi. IAN KASELA VOKALIS RADJA Dalam pada itu, Ian berkata, meskipun pihak penganjur sudah membuat permohonan maaf secara terbuka namun perkara itu tidak buat terus kepada Radja. “Mereka belum membuat permintaan maaf kepada kami tetapi kamu sudah berbuat demikian,” jelasnya. Pada 12 Mac lalu, Radja menerima ancaman bunuh daripada dua individu dipercayai wakil pihak penganjur selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 12 Mac lalu. Difahamkan, situasi cemas tersebut berlaku susulan salah faham yang berlaku antara pihak penganjur dan band berkenaan. Sementara itu, Ian berkata, pihaknya tidak akan lagi menggunakan orang tengah bagi menganjurkan apa-apa acara melibatkan mereka. "Selepas insiden tersebut, kami sangat menghindari orang tengah untuk komunikasi dan mengikut prosedur yang sepatutnya. Radja bakal menghiburkan peminat di Kuala Lumpur pada 12 November ini. "Malah, pihak pengurusan juga menitik beratkan isu keselamatan serta memastikan komunikasi yang lebih aktif," katanya. Bercerita mengenai konsert, ia akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 12 November 2023 yang dianjurkan oleh Orange International Entertainment. Tiket-tiket bagi menyaksikan konsert itu dijual dengan harga RM168 (Rockzone 1-Jujur), RM148 (Rockzone 2-Tulus), RM528 (VVIP-Cinderella), RM238 (Platinum-Yakin) dan RM198 (Gold-Benci Bilang Cinta) boleh didapati di ticket2u.com.my Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!