suria

Nadia Annuar dedah sudah bercerai, fokus diri sendiri sebelum cari pengganti

Nadia mengakui sudah bercerai untuk kali kedua.

PENGACARA Nadia Annuar mendedahkan perkahwinan keduanya dengan Hafiz Salleh sudah berakhir dengan penceraian.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 39, berkata, buat masa ini dia ingin fokus kepada diri sendiri selepas dua kali gagal dalam perkahwinan.

Malah kata Nadia, ibunya iaitu usahawan Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton turut menasihatkannya memberi fokus kepada diri sendiri berbanding mencari pengganti.

"Saya tidak pernah berkongsi tentang perkara ini (penceraian) ini lagi, ya saya single tetapi tidak available.

nadia2 - 1

Nadia mahu fokus pada diri sendiri sebelum mencari pengganti teman hidup.

"Buat masa ini saya mahu berehat daripada bercinta... Ibu saya juga tahu tentang hal ini dan minta saya fokus pada diri sendiri," katanya menerusi temu bual bersama majalah Nona.

Dalam pada itu, Nadia berkata, fokusnya kini turut diberikan kepada dua cahaya matanya iaitu Mohamed Aaron Erwin dan Dya Naylaa biarpun mereka tidak tinggal bersama.

Tambah pengacara itu lagi, dia cuba menjadi seorang wanita yang kuat demi meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi berhijab, Nadia Annuar kongsi foto tanpa tudung di hari lahir... Minta jangan salahkan ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bantah keputusan Nadia Annuar lepas hijab, Harris Annuar terkilan ibu pula kena serang netizen

"Saya juga akan memberikan fokus kepada anak-anak... Saya mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.

"Walaupun mereka tidak tinggal bersama saya atas sebab-sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada bersama mereka.

"Seperti biasa saya hanya menjalani kehidupan untuk survived walaupun banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya... Saya cuba untuk menjadi kuat," ujarnya.

nadia3 - 1

Selain diri sendiri, Nadia mahu beri fokus kepada anak-anak.

Untuk rekod, Nadia dan Hafiz mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan yang kini berusia tujuh tahun.

Sebelum itu, Nadia pernah bernikah dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Mohamed Aaron Erwin, 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain