suria

[V] Yasin makan ubat 10 tablet sehari, mahu terus terima rawatan di Tanjung Rambutan

Yasin muncul dengan wajah gembira selepas tamat perbicaraan.

SELEPAS lebih setahun turun naik mahkamah berhubung tuduhan berkaitan dadah, penyanyi Yasin Sulaiman memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin terkawal.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, dia kini mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan bagi menstabilkan keadaan dirinya.

"Saya sekarang banyak makan ubat sebanyak 10 tablet sehari dan enam jenis ubat saya makan antaranya ubat anti psychotic, anti anxiety dan ubat jantung.

"Saya sekarang dalam rawatan pemulihan sepenuhnya sebab kalau tidak mungkin tak boleh berdiri hadapan anda semua," katanya kepada pemberita.

f8cb340c-b5d6-47a1-a40c-113e71a93d8a

Yasin semasa tiba di mahkamah pada petang Selasa.

Yasin ditemui di perkarangan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Selasa bagi prosiding keputusan tiga kes dadah dihadapinya.

Penyanyi Mimpi Dilaila itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah yang memerintahkannya membela diri berhubung pertuduhan berkenaan.

Dalam pada itu, Yasin meluahkan harapan agar dapat menyambung semula rawatan di Hospital Tanjung Rambutan.

"Saya memang jangkakan perkara ini tapi pilih untuk diamkan diri jadi panggil saksi doktor Hospital Tanjung Rambutan tadi tapi 17 Oktober nanti akan bersambung semula.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman berdepan hukuman sebat, penjara didapati bersalah pertuduhan berkaitan dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman mahu bantu anak sambung belajar ke Jepun, minta ibu sediakan rendang daging setiap kali hari perbicaraan

"Sebenarnya saya kena sambung rawatan Di Hospital Tanjung Rambutan tapi proses mahkamah ini lebih daripada saya jangkakan tapi tetap kena teruskan juga.

"Alhamdulilah hari ini macam permulaan baik buat saya kerana semuanya berjalan lancar, secara teknikalnya belum habis lagi jadi akan bersambung nanti," ujarnya.

Untuk rekod, mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, Selangor pukul 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

123

Yasin anggap perbicaraan hari ini berjalan dengan baik.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain