suria

[V] Yasin Sulaiman berdepan hukuman sebat, penjara didapati bersalah pertuduhan berkaitan dadah

MAHKAMAH Sesyen Petaling Jaya, Selangor memerintahkan penyanyi Yasin Sulaiman untuk membela diri atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya pada Selasa.

Hakim Faiz Dziyauddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie diakhir pendakwaan terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

"Selepas mahkamah meneliti dan menimbang keterangan saksi-saksi secara maksima, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut," kata hakim.

12

Yasin diarah bela diri atas pertuduhan dadah.

Mahkamah memberikan tiga pilihan kepada tertuduh iaitu memberikan keterangan bersumpah dalam kandang yang mana pihak pendakwaan boleh menyoal balas keterangan itu.

Kedua memberikan keterangan dalam kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah serta pihak pendakwaan tidak dibenarkan menyoal balas keterangan tertuduh dan pilihan ketiga ialah berdiam diri.

Penyanyi Mimpi Laila itu bagaimanapun memilih bagi pilihan ketiga iaitu berdiam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman mahu bantu anak sambung belajar ke Jepun, minta ibu sediakan rendang daging setiap kali hari perbicaraan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Yasin Sulaiman tak waras ketika kejadian, tiga pertuduhan berkaitan dadah diteruskan

Sebelum ini, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menutup kes selepas tujuh saksi selesai dipanggil memberi keterangan dengan saksi terakhir ialah Profesor Dr. S. Sreeramanan yang juga pakar bioteknologi tumbuhan.

Selain Raja Zaizul turut mengendalikan kes ialah Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin.

Dalam perbicaraan sebelum ini, saksi pendakwaan ketiga memberitahu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, kelihatan cemas dan terkejut semasa polis menyerbu unit kediaman rumahnya di Damansara.

Yasin diarah bela diri terhadap tiga pertuduhan melibatkan dadah.

Yasin miliki tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya iaitu Inspektor Darwis Aripin, 42, berkata Yasin dilihat dalam situasi demikian selepas dia dan beberapa anggota lain memperkenalkan diri sebagai polis.

Mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, Selangor pukul 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain