suria

“Dekat mana aku buat akaun palsu?” - Ira Kazar bersuara isu ganggu Puteri Sarah, minta isteri Azlan Komeng periksa telefon

Ira yakinkan netizen dirinya tidak membuat sebarang akaun palsu.

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri, pelakon Ira Kazar tampil mempertahankan diri susulan dia dituduh memiliki akaun palsu yang digunakan untuk menganggu bekas madunya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, malah meminta isteri pelakon Azlan Komeng memeriksa telefon miliknya sekiranya terdapat akaun palsu seperti didakwa.

"Dekat mana aku buat akaun palsu? Cuba tengok telefon aku kak... Pantau sikit telefon aku kak," katanya.

Ira berkongsi perkara itu semasa muncul dalam video siaran langsung isteri aktor berkenaan iaitu Nur Nilam Ortiz di TikTok.

Nilamm

Ira muncul dalam video siaran langsung bersama isteri Azlan Komeng.

Dalam siaran langsung itu, Nur Nilam memberitahu Ira hanya memiliki satu telefon sahaja bagi memastikan netizen tidak terus membuat sebarang tuduhan terhadap Ira.

"Aku tahu Sarah orang baik... Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana.

"Aku pegang telefon dia, Ira ada satu telefon sahaja," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam - “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar tunjuk bakat di dapur... Selepas resepi sambal sotong kegemaran suami, kali ini kentang bakar daging buat netizen terliur

Menerusi siaran langsung itu juga, Nur Nilam memberitahu Ira bertemu dengannya untuk belajar memasak Tomyam.

"Ira tengah tunggu Sol (Syamsul) dia keluar sekejap tadi. Sol datang ambil nanti, dia balik lah. Ira datang rumah aku pun nak belajar masak Tomyam," ujarnya.

Kisah antara Syamsul dan Ira sentiasa menjadi perhatian ramai sejak pengarah itu mengumumkan sudah bernikah dengannya di Thailand pada 5 Januari lalu.

Sarah

Kemelut melibatkan Puteri Sarah, Ira dan Syamsul mencetuskan pelbagai spekulasi sebelum ini.

Nama Ira sebelum itu hangat diperkatakan susulan dakwaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan bekas isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Bagaimanapun kemelut rumah tangga antara Syamsul dan Puteri Sarah berakhir dengan lafaz cerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain