suria

Tiada pertalian darah, pengarah Din Glamour bukan bapa kandung Mimi Lana

Mimi mendoakan kesembuhan buat Din Glamour.

PELAKON Mimi Lana menyangkal dakwaan dibuat seorang pengguna TikTok yang mengatakan dia merupakan anak kepada pengarah Din Glamour yang sedang terlantar sakit di hospital.

Mimi atau Roziana Zainal Abidin, 28, bagaimanapun mendoakan agar urusan Din atau Sallehuddin Ridzuan diberikan kesembuhan daripada penyakit dihadapinya ketika ini.

"Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din tapi saya doakan Allah permudahkan segala urusannya. Semoga diberikan kekuatan serta kesembuhan untuk pulih seperti biasa.

mimi1 - 1

Mimi menjelaskan salah faham tentang bapa kandungnya.

"Mudah-mudahan, insya-Allah. Amin," katanya.

Mimi menjelaskan perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X (Twitter) pada Sabtu.

Sebelum ini, tular sebuah video perkongsian mengenai Din yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat sakit paru-paru berair dan sesak nafas.

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Mimi Lana kini di luar negara, kongsi foto sehari sebelum tarikh sepatutnya nikah

Pun begitu, video tersebut mencetuskan tanda tanya apabila pengguna TikTok berkenaan mendakwa Mimi adalah anak kepada Din.

Dalam video itu turut memaparkan foto Mimi sedang menadah tangan berdoa dengan kapsyen merujuk pelakon itu anak kepada Din memohon doa peminat agar bapanya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan keluarganya.

Bagaimanapun tinjauan mStar mendapati pengguna TikTok tersebut menutup ruang komen pada video berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain