suria

Erra Fazira dituduh tahu punca penceraian Engku Emran, minta jangan sebar fitnah - “Saya hormat privasi ayah anak saya”

Erra menafikan fitnah yang tular terhadap dirinya.

PELAKON Erra Fazira menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sikap sebenar bekas suaminya iaitu Engku Emran susulan penceraiannya dengan Noor Nabila pada Isnin.

Erra atau Fazira Wan Chik, 49, sebaliknya berkata, apa diperkatakan adalah fitnah dan menghormati privasi Emran sebagai bapa kepada anak mereka iaitu Engku Elysa.

"Jangan macam ini... Nak sensasi pun, jangan buat fitnah. Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini!

"Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan," katanya.

Erra 1

Erra menafikan fitnah yang dikeluarkan terhadap dirinya.

Erra meluahkan perkara itu menerusi Instastory miliknya pada malam Isnin.

Pelakon filem Sembilu itu turut berkongsi paparan skrin hantaran dipercayai di Facebook yang mendakwa Erra kononnya mendedahkan punca sebenar penceraian yang berlaku di antara Emran dan Noor Nabila.

Dalam pada itu, Erra turut meminta orang ramai tidak mempersendakan perjalanan hidup seseorang yang tidak sama mempunyai nasib berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Engku Emran dan Noor Nabila cerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan dengan Noor Nabila bukan kegagalan, ia sudah tertulis - Engku Emran

"Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kita kelak," katanya.

Pada Isnin, Emran atau Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan itu akhirnya bercerai selepas Noor Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 39, mendedahkan mereka bakal bercerai selepas mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak Januari lalu.

Untuk rekod, Noor Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan ketiga buat Nabila selepas berpisah dengan Sharnaaz pada 9 Julai 2020.

553

Engku Imran dan Noor Nabila sah bercerai talak satu pada Isnin.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga.

Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia 14 tahun.

Usahawan itu kemudiannya berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 namun perkahwinan itu juga berakhir dengan penceraian pada 2020.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain