suria

Ebit Lew fail saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy Tatto

Akberdin bakal mengendalikan kes saman Ebit terhadap Caprice.

PENDAKWAH selebriti Ebit Lew sudah memfailkan saman terhadap penyanyi rap Caprice dan influencer Indonesia Mondy Tatto atas dakwaan melakukan fitnah.

Ebit atau Ebit Erawan Abdullah, 39, memberitahu saman itu difailkan di Mahkamah Shah Alam pada pagi Jumaat.

Kata Ebit, dia turut melantik peguam Datuk Akberdin Abdul Kader bagi mewakilinya dalam kes tersebut yang pernah mewakili Puteri Sarah dan Diana Danielle dalam kes penceraian mereka.

ebit 1

Ebit memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy atas dakwaan fitnah.

“Peguam saya Datuk Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam tadi (Jumaat),” katanya.

Ebit berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice sudah siap sedia bukti, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Jeddah, Ebit Lew buat laporan polis dakwa diri difitnah

Pada Ahad lalu, Ebit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8) sejurus dia pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.

Laporan polis itu dibuat selepas Mondy tampil membuat pendedahan individu berpewatakan alim beberapa kali cuba melakukan gangguan seksual terhadapnya.

ebit 3

Ebit sudah membuat laporan polis pad Ahad.

Ketika melakukan pendedahan pada sesi podcast bersama Caprice atau Ariz Ramli, 35, Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain