suria

“Hidup ini bukan semata-mata di media sosial” - Haqiem Rusli jawab rumah tangga bermasalah, pilih diam selagi tak mudarat

Haqiem tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan isteri iaitu Sofea.

PENYANYI Haqiem Rusli menyangkal tanggapan segelintir pihak mengatakan rumah tangganya bersama isteri iaitu Anis Sofea sedang dilanda masalah.

Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 24, sebaliknya menegaskan perkahwinan mereka masih utuh meskipun jarang berkongsi gambar bersama di media sosial.

"Hubungan saya dengan Sofea baik-baik sahaja, mungkin sebab isu sebelum ini membuatkan kami jarang kongsi gambar bersama di media sosial.

"Kami ada kehidupan sendiri... Tak mungkin setiap hari nak kongsi gambar bersama. Hidup ini bukan semata-mata di media sosial," katanya kepada mStar.

Ariff Haqiem

Ariff dan Haqiem bergandingan dalam Famili Duo.

Haqiem menjelaskan perkara itu ketika ditemui di sidang media program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang berlangsung di Putrajaya pada Sabtu.

Spekulasi rumah tangga Haqiem dan Sofea atau Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, mula jadi sebutan ramai selepas wanita itu bertindak memadam semua gambar lama bersama penyanyi itu di Instagram.

Tidak cukup dengan itu, hubungan pasangan itu turut dikatakan retak apabila Sofea bertindak melepaskan tudungnya sejak beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Haqiem Rusli kembali berhijab, mak mentua pun puji menantu cantik pakai tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah jawab hubungan dengan ND Lala, pilih adik lelaki sebagai pasangan duet dalam Famili Duo 3

Sudah lali dengan kecaman dan pandangan negatif, Haqiem mengambil pendekatan berdiam diri terhadap cakap-cakap negatif mengenai perkahwinan mereka selagi ia tidak melampaui batas.

"Saya dah melalui kecaman dan pelbagai dugaan sejak bergelar artis... Sebelum berkahwin pun saya sedar peminat akan terus ambil tahu mengenai kisah rumah tangga kami.

"Saya tidak masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan. Jika berlaku, saya sendiri tidak tahu apa respon saya ketika itu," ujarnya.

Saya tidak masalah selagi tidak menyentuh isu sensitif yang keterlaluan.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Sementara itu, Haqiem turut menyangkal dakwaan tujuan dia memuat naik foto Sofea di Instagram miliknya baru-baru ini sebagai gimik susulan penglibatannya dalam program Famili Duo.

"Saya tiada gimik dan berkongsi foto itu sebab nak menunjukkan keharmonian antara kami.

"Melalui perkongsian itu juga terbukti ramai sayangkan Sofea dan memberi teguran yang baik buatnya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Haqiem bakal bergandingan dengan sepupunya iaitu penyanyi Ariff Barhan dalam FD3 yang akan bersiaran bermula 15 Oktober ini.

553 (1)

Tiada perkongsian di media sosial bukan bererti hubungan mereka bermasalah.

Selain Haqiem dan Ariff, lima lagi pasangan duo yang berentap adalah Shila Amzah dan Amir Syahir (adik-beradik), Adira dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman dan Tom (suami isteri) serta Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik).

Bagaimanapun satu lagi pasangan duo hanya akan diumumkan pada minggu pertama pertandingan itu nanti.

Program lapan episod ini bakal menampilkan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Famili Duo 3 bakal menemui penonton setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain