PENYANYI Cliff Umar tidak mengambil hati dengan gurauan dibuat pengacara Elly Mazlein ketika pertandingan minggu pertama program All Stars Gegar Vaganza. Cliff atau Cliff Umar Joseph, 41, berkata, dia memahami Elly hanya menjalankan tugasnya sebagai hos program itu bagi menghidupkan suasana daripada menjadi hambar. "Dia (Elly) hanya menjalankan tugasnya sebagai pengacara, dia menghiburkan orang dan itulah cara dia bekerja. "Saya tak nafikan memang itu yang netizen suka... Tidak mengapalah, apa sahaja yang dia katakan hanya sebagai tuntutan kerjanya sebagai hos. Cliff sewaktu membuat persembahan pada minggu pertama ASGV. "Saya langsung tak simpan dalam hati atau tersinggung akan perkara itu malah saya hormatinya sebagai pengacara," katanya kepada mStar. Cliff berkongsi perkara itu ketika sidang media All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad. Pada konsert minggu pertama itu, Cliff yang baru selesai membuat persembahan dilihat dalam keadaan berpeluh. Elly mengusik Cliff dengan memberitahu mahu mengambil tisu mengelap peluh di wajahnya namun tidak melakukan hal demikian kerana bimbang dimarahi suami. ARTIKEL BERKAITAN: Cliff Umar dan Suki Low 2 peserta pertama tersingkir All Stars Gegar Vaganza ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu terkejut diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap - "Irritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas" Bagaimanapun rakan pengacara, Nabila Ahmad tiba-tiba mengusik tindakan Elly itu sebagai berat sebelah kerana sebelum itu dia kelihatan mesra dengan peserta Singapura, Hardy Mirza. Secara spontan, Elly memberitahu 'kita tengoklah siapa orangnya' yang seolah-olah memberi gambaran dia tidak menyukai paras rupa Cliff. Dalam pada itu, Cliff berkata, ketika kejadian dia sebenarnya tidak dapat menangkap apa diperkatakan Elly namun pengacara itu datang bertemunya di belakang pentas meminta maaf. "Sejujurnya pada waktu itu saya tak dengar apa yang dikatakan olehnya tapi masa dia minta maaf di belakang pentas saya tengah blur dengan apa yang berlaku. Saya langsung tak simpan dalam hati atau tersinggung akan perkara itu malah saya hormatinya sebagai pengacara. CLIFF UMAR PENYANYI "Kenapa dia minta maaf? Apa dia buat? Sekali lagi saya katakan dia hanya melakukan tugasnya sebagai pengacara," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Cliff yang tersingkir pada minggu kedua ASGV memberitahu akan memberi fokus sebagai vokalis baharu kumpulan Meet Uncle Hussein bersama Hazama. Kata Cliff, mereka bakal membuat kejutan pada malam konsert yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur Disember ini. "Perancangan saya selepas ini adalah untuk memberi fokus kepada Meet Uncle Hussain. Saya merupakan vokalis baharu kumpulan itu tetapi berkongsi posisi bersama Hazama. Suki (kiri) dan Cliff (kanan) tersingkir pada minggu kedua ASGV. "Untuk konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, Meet Uncle Hussain akan membuat satu jalan cerita... dan daripada situ peminat akan faham mengapa saya dan Hazama muncul sebagai vokalis kumpulan berkenaan," katanya. Pada malam Ahad, Cliff dan Suki diumumkan peserta yang tersingkir di minggu kedua ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Cliff yang menyanyikan lagu Laskar Cinta gagal menambat hati juri apabila berada di kedudukan tercorot dengan markah 53.25 peratus. Sementara itu, Hady Mirza pula mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 79 peratus, diikuti Jaclyn Victor (75.5) dan Azharina berada di kedudukan ketiga (74.5). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!