KONTROVERSI penceraian penyanyi Datuk ND Lala nampaknya masih belum berkesudahan apabila kali ini bekas isteri iaitu Fauziah Sarman meluahkan rasa kesal apabila menerima hinaan netizen di media sosial. Fauziah, 55, terkilan apabila ada individu menulis komen negatif membabitkan dirinya dan anak-anak di laman sosial. Katanya, lelaki berkenaan mengutuk dan menggelar dirinya dengan panggilan yang tidak baik. Fauziah tenang berdepan kecaman. "Masuk Instagram saya dan kata saya serta anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda," katanya. Fauziah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis berserta tangkap layar dipercayai akaun Instagram milik lelaki berkenaan. Tidak melatah dengan komen itu, Fauziah secara halus turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dedah ND Lala sudah bertahun tidak bekerja, Shila Amzah tanggung keluarga ARTIKEL BERKAITAN: Lafaz cerai ND Lala terhadap isteri menerusi WhatsApp sah Malah dia juga membuat telahan lelaki berkenaan ada pertalian darah dengan 'penyondol' yang dipercayai merujuk kepada isteri baharu ND Lala. "Terima kasih hina kami. Awak pun lahir dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini. "Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka... saudara-mara penyondol itu ke?" ujarnya. Fauziah dan ND Lala cerai selepas 35 tahun mendirikan rumah tangga. Untuk rekod, ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, melafazkan cerai terhadap Fauziah menerusi pesanan Whatsapp pada 2 Ogos lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!