suria

Tiga kontrak duta dibatalkan, imej Siti Nordiana tercalar gara-gara ‘live’ lima sekawan

Tiga kontrak iklan komersial telah membatalkan dan tidak menyambung Nana sebagai duta.

TINDAKAN lima sekawan memburukkan Siti Nordiana dalam siaran langsung di Instagram pada tahun 2021 telah menjejaskan imej dan karier penyanyi itu.

Kontroversi itu telah menyebabkan beberapa kontrak iklan komersial sebelum ini membabitkan Siti Nordiana atau Nana,39, telah dibatalkan dan tidak lagi disambung.

Saksi kedua yang juga merupakan pengurus Nana iaitu Mohammad Al Anas Osman, 39, memaklumkan mengenai perkara itu di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee selepas ditanya peguam defendan pertama, kedua dan ketiga, Azlan Abdul Razak.

anas 2

Nana dan Anas bersama peguam untuk kes tersebut.

"Terdapat satu syarikat telah membatalkan kontrak Nana manakala dua lagi tidak sambung kontrak.

"Surat pembatalan kontrak diberikan selepas kita teruskan saman berkenaan kes tersebut," katanya.

Anas memaklumkan perkara itu semasa dipanggil memberikan keterangan sebagai saksi perbicaraan kes tuntutan saman oleh Nana kepada lima individu termasuk penyanyi, Lan Solo dan Syura di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes saman lima sekawan buat emosi Siti Nordiana terganggu, lebih kerap ke masjid cari ketenangan

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua tahun kes saman 5 sekawan... Siti Nordiana bersikap profesional terserempak di majlis hiburan

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

WhatsApp Image 2023-10-05 at 5.26.39 PM

Penyanyi Syura dan Lan Solo antara yang disaman Nana.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini bakal didengar hakim Mahkamah Tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain