suria

Bertahun pendam sendiri... Shila Amzah tak bangga isu keluarga dicanang, harap jadi pengajaran pada orang lain

Shila lebih suka berfikiran positif mengenai kemelut keluarganya.

PENYANYI Shila Amzah berharap isu keluarganya yang menjadi perhatian sejak seminggu lalu dapat menjadi pengajaran terutama mereka yang senasib dengannya.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata, meskipun tidak berbangga dengan apa yang berlaku namun dia melihat ia sebagai perkara positif apabila ramai tampil meluahkan perkara sama.

"Saya tak bangga dengan apa yang saya katakan dalam siaran langsung tersebut.

"Tapi dalam masa sama apa yang saya luahkan itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang mungkin senasib dengan saya.

She

Shila masih menghormati adik beradiknya.

"Syukur Alhamdulillah, mungkin kesedaran ini perlu diketengahkan lagi," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.

Dalam pada itu, Shila berkata, dia tidak pernah berhasrat mendedahkan isu keluarnya kepada umum namun tidak menyangka ia didedahkan oleh ahli keluarganya sendiri.

Kata Shila, dia menyimpan semua perkara yang berlaku dalam hidupnya kerana menghormati mereka sebagai darah dagingnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis keluarga tak selesai, Shila Amzah dipercayai tertekan... Persembahan Famili Duo mungkin terjejas

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq minta Shila Amzah mohon maaf pada ibu, pesan jangan sombong dengan kejayaan

"Saya sebenarnya harapkan benda ini tidak menjadi seperti ini... Kalau saya nak benda ini jadi, lama dah berlaku.

"Tapi saya tak tahu tiba-tiba hati saya terbuka setelah bertahun lamanya saya tak cakap apa-apa.

"Tapi apa pun hal keluarga kita nak simpan sendiri. Tidak kiralah baik buruk, mereka tetap darah daging kita," ujarnya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini juga mengakui cuba berfikiran positif dan berharap agar masalah keluarganya itu dapat diselesaikan tanpa diketahui orang luar.

Saya seorang yang suka berfikiran positif sampai saya tidak menafikan ia menjadi toksik.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Saya seorang yang suka berfikiran positif sampai saya tidak menafikan ia menjadi toksik pada diri saya sendiri... Saya selalu kata lalui benda ini Insya-Allah akan ada jalan keluar.

"Apa lagi yang boleh saya fikirkan selain meletakkan pengharapan itu... kalau tidak macam mana nak berjuang," ujarnya.

Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Shilala

Shila tak sangka rahsia keluarga menjadi bualan netizen.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.

Dalam perkembangan lain, Shila dan adik lelakinya, Amir Syahir bakal muncul di pentas program Famili Duo musim ketiga (FD3) yang bakal membuka tirai pada malam Ahad.

Program yang memperlihatkan lima lagi pasangan duo berentap akan bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain