ADIK lelaki kepada Shila Amzah meminta penyanyi berkenaan berjumpa ibu mereka dan memohon maaf susulan dakwaan bersikap biadab terhadapnya. Syafiq atau Amir Syafiq Amir Hamzah, 30, turut menasihatkan Shila supaya tidak bersikap sombong atas kejayaan dimiliki dan merendahkan diri untuk memohon keampunan daripada ibu mereka. "Kau berbaktilah 1,000 tahun sekali pun tetap tidak terbalas jasa mak yang melahirkan. Jadi baik pergi jumpa mak, peluk cium dan minta maaf sebelum terlambat. Syafiq berkongsi luahan dan nasihat Shila supaya minta maaf. "Allah nak tarik rezeki kau sekejap sahaja. Jangan bongkak sangat di dunia ini wahai Shila Amzah," katanya. Syafiq menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok miliknya pada Sabtu. Permintaan tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan ibu mereka iaitu Fauziah Sarman yang sebelum ini mendedahkan Shila pernah meninggikan suara terhadap dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Krisis keluarga tak selesai, Shila Amzah dipercayai tertekan... Persembahan Famili Duo mungkin terjejas ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dedah adik Shila Amzah gadai gelang tangan miliknya, keluarga mentua tolong tebus selepas cerai Dalam pada itu, Syafiq turut menyelar sikap netizen yang terlalu memihak kepada Shila meskipun tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik. "Netizen sekarang terlebih cerdik sampai maki hamun mak dan hina keluarga bukan lagi satu kesalahan. "Kalau marah sekali pun kita tiada hak marah mak. Besar sangat ke pengorbanan kau itu kalau nak dibandingkan dengan mak yang melahirkan kau," ujarnya. Fauziah sebelum ini turut meluahkan rasa kecewa terhadap Shila. Sementara itu, Syafiq berkata, dia sedang dalam proses mencari kediaman baharu buat ibunya. Perbalahan Shila dan Syafiq bermula apabila penyanyi itu ingin menjual banglo yang didiami keluarganya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di antara mereka. Shila mendakwa rumah berkenaan adalah miliknya dan dia mahu mencari kediaman lain untuk ibunya tinggal memandangkan banglo berkenaan terlalu besar dan mempunyai kenangan tidak baik selepas ibu bapanya bercerai. Sementara itu Shila akan beraksi dalam program Famili Duo musim ketiga (FD3) bersama adiknya Syahir yang bakal memukan siaran pada Ahad pukul 9 malam di TV3. Lima pasangan duo yang berentap ialah Shila Amzah dan Amir Syahir, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Tom dan Fuad (suami isteri). Manakala satu lagi pasangan duo akan diumumkan pada minggu pertama FD3. Program lapan episod ini bakal menampilkan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!