suria

Shila Amzah tanggung dosa jika sakiti hati ibu... jumpa minta maaf, bersemuka adik-beradik selesai isu jual banglo

Ridhuan menasihati supaya kemelut itu diselesaikan secara baik.

PERBALAHAN di antara penyanyi Shila Amzah dan keluarganya dengan membalas kenyataan di media sosial hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 58, berkata, selain daripada membuka kelemahan dan aib diri sendiri, ia juga tidak akan menyelesaikan isu berkaitan.

Ridhuan berkata, sebaik-baiknya pihak terlibat tidak membuka masalah yang berlaku secara terbuka kerana dibimbangi akan menunjukkan kelemahan diri masing-masing.

"Perkara berkaitan melibatkan hubungan antara anak, ibu dan juga adik-beradik kita kurangkan bercakap. Itu lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau kita buka di khalayak.

Ridhuan 4

Ridhuan harap masalah itu dapat diselasaikan secara bersemuka.

"Ia seolah-olah kita sedang membuka aib kita sendiri. Walaupun tindakan kita itu nampak betul tetapi sebenarnya kita sedang menunjukkan kelemahan kita," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Tambah Ridhuan, perkara itu sepatutnya diselesaikan secara baik dan bersemuka dalam kalangan ahli keluarga yang terlibat.

Jelasnya, ego perlu diketepikan meskipun menganggap diri sendiri berada di pihak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah itu nama saya” - Shila Amzah guna ‘kuasa veto’ jual banglo, tak halau ibu dan adik-beradik

ARTIKEL BERKAITAN: Fauziah Sarman terguris kata-kata kesat Shila Amzah, belum mampu maafkan anak - “Hati emak sudah dikisar halus”

"Saya merayu kepada ahli keluarga mereka agar menyelesaikan kemelut dalam keluarga sahaja. Jangan cerita di khalayak, kurangkan bercakap," ujarnya.

Dalam masa sama, Ridhuan berkata, jika betul Shila pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya, Fauziah Sarman, perbuatan itu hukumnya adalah berdosa.

Sebagai anak, Ridhuan berkata, meskipun tidak menyukai atau tidak bersependapat, seorang anak tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian kepada ibu kandung.

"Walaupun nampak seolah kita betul, tapi sebenarnya kita sedang menunjukkan kelemahan diri kita. Ibu tetap ibu. Dalam Islam, kita tidak boleh derhaka, memberontak walaupun nak pertahankan diri kita.

Saya merayu kepada ahli keluarga mereka agar menyelesaikan kemelut dalam keluarga sahaja. Jangan cerita di khalayak.

PROFESOR DR MOHD RIDHUAN TEE

PENDAKWAH BEBAS

"Saya minta kepada anak-anak terbabit, walaupun kita rasakan diri kita betul, tetapi bukan tindakan yang betul memburuk-burukkan ibu kita dan marah ibu kita," ujarnya.

Ridhuan menasihati perbuatan yang tidak dimaafkan oleh ibunya itu perlu diselesaikan dengan melakukan permohonan maaf secara bersemuka.

"Jumpa dia minta maaf. Mohon ampun dan maaf walaupun dia (ibu) salah. Kita sebagai anak, kena jumpa ibu untuk minta maaf. Itu tanggungjawab kita sebagai anak," katanya.

Kemelut keluarga ini menjadi perhatian selepas adik Shila yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik Shila itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Ridhuan 2

Adik lelaki Shila, Amir Syafiq mendakwa Shila mengeluarkan kata-kata kesat kepada ibunya.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Shila turut didakwa datang ke banglo berkenaan sambil menendang pintu selain didakwa memaki ibunya sehingga mengguris hatinya.

Ridhuan 3

Perbalahan tercetus daripada pendedahan Syada yang memaklumkan mereka bakal dihalau keluar.

Fauziah yang berkecil hati dengan Shila dalam satu kenyataan pula memberitahu dia tidak akan memaafkan perbuatan anaknya itu terhadapnya.

Dalam pada itu terdapat hadis yang menyebut dosa kepada ibu bapa akan dibalas di dunia lagi sebelum akhirat.

Ini berdasarkan hadis nabi SAW yang maksdunya: Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendakNya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” - [HR al-Hakim 7263].

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain