suria

[V] Kecoh Syamsul rapat dengan seorang wanita, Puteri Sarah terkejut IG ‘diserang’ komen netizen - “Saya baru tahu…”

PELAKON Puteri Sarah Liyana tidak mencampuri urusan bekas suaminya iaitu pengarah Syamsul Yusof yang didakwa mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi Syamsul dan hanya berhubung apabila melibatkan soal dua anak mereka.

Bagaimanapun kata Puteri Sarah, dia juga terkejut dengan khabar angin yang melanda Syamsul.

Sarah 2

Puteri Sarah ketika sidang media.

"Saya pun tak tahu, saya sibuk dengan kerja saya, terkejut juga mendengarnya. Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab itu hal peribadi Syamsul.

"Tiada kena mengena dengan saya, kami berhubung sebab hal anak-anak. Itu sahaja," katanya kepada mStar.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu semasa ditemui selepas pementasan teater Pak Pandir bersama Labu Labi Ajaib yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada petang Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Syamsul Yusof sedang terima kifarah, Ira Kazar hanya tersenyum dalam video live Nilam - “Tapi aku tak boleh cakap lebih-lebih”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul bagi ‘green light’, Puteri Sarah nekad teruskan saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia hanya mengetahui mengenai gosip berkenaan daripada netizen.

Dia bagaimanapun memberitahu tidak mengenali wanita yang dipercayai rapat dengan pengarah tersebut.

Saya pun tak nak komen lebih-lebih sebab itu hal peribadi Syamsul.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

"Saya baru tahu hari ini.... saya sibuk dengan latihan dan sudah beberapa hari saya tak update apa-apa sebab fokus dengan latihan.

"Jadi hari ini saya tengok dekat komen saya banjir... komen. Saya pun terkejut juga tak tahu sahih ke tidak. Bukan hal kita jadi kita tak mahu masuk dan ambil tahu.

"Yang penting hubungan dia mengenai anak-anak berjalan seperti biasa... Yang lain semua saya tak nak tahu," ujarnya.

Sarah 3

Puteri Sarah dan Syamsul bercerai pada Jun 2023.

Sejak Khamis, media melaporkan seorang selebriti popular bersatus suami orang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang dikatakan ahli perniagaan.

Katanya, wanita berkenaan memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.

Susulan khabar tersebut rata-rata netizen menyebut nama pengarah Syamsul Yusof.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain