suria

Netizen serang Instagram ND Lala, minta muncul selesai isu anak-anak bergaduh

Netizen desak ND Lala masuk campur perbalahan anak-anaknya.

SUSULAN kekecohan melibatkan perbalahan di antara penyanyi Shila Amzah dan ahli keluarganya, netizen meminta bapanya tampil membantu menyelesaikan masalah yang berlaku.

Malah ramai percaya hanya Datuk ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, mampu menyelamatkan keadaan yang tegang ketika ini selain apa yang berlaku adalah sebahagian tanggungjawabnya.

Netizen turut berpendapat Shila memerlukan bantuan ND Lala daripada terus menerus diserang oleh ahli keluarga yang lain.

ND lala

Antara komen netizen yang ditinggalkan di Instagram ND Lala.

"Pakcik (ND Lala) cubalah bagi penjelasan isu rumah. Anak lelaki pakcik sakan menyalahkan kakak sendiri.

"Tampil bagi sepatah dua kata. Mereka itu zuriat pakcik. Anak itu amanah! Jangan dah kahwin muda tanggungjawab tinggal. Kesian dekat mereka pakcik.

"Kami rasa Shila perlukan pakcik ketika ini. Kebahagiaan dia hancur lagi-lagi bila dengar kata maknya tidak maafkan dia," komen netizen menerusi hantaran terbaharu penyanyi era-80 an itu di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri dedah ND Lala sudah bertahun tidak bekerja, Shila Amzah tanggung keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: ND Lala dedah bekas isteri desak cerai, bini muda mulanya tolak nikah... Jangan panggil dia penyondol

Dalam pada itu, ND Lala sempat membalas komen netizen yang 'menyerangnya' tentang isu tersebut namun seakan-akan tidak memperdulikan apa sedang berlaku.

"Tajuk perbualan di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak.

"Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita," tulisnya.

ndnd

ND Lala bersama Shila semasa majlis pertunangannya.

Kemelut keluarga ini menjadi perhatian selepas anak bongsunya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, rata-rata netizen menyifatkan adik-beradik Shila tidak mahu bekerja dan hanya mahu menumpang kesenangan yang diperoleh kakaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain