suria

Caprice padam semua hantaran berkaitan Ebit Lew dan Mondy Tattoo, terus berjuang bantu mangsa melalui peguam

Caprice padam semua hantaran berkenaan Ebit dan Mondy.

AKUR dengan perintah injunksi interim yang diperoleh pendakwah selebriti Ebit Lew, penyanyi rap Caprice memadam semua hantaran di media sosial berkenaan kes Mondy Tattoo.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 35, dia tidak lagi boleh memuat naik sebarang hantaran yang melibatkan Ebit bersama Mondy.

Penyanyi itu memberitahu dia hanya mengikut arahan yang diperintahkan oleh mahkamah.

"Minta maaf guys, saya terpaksa padam posting-posting UEL (Ebit) dan Mondy untuk hormat perintah injunksi interim Mahkamah Sesyen Shah Alam melalui platform secara e-review Hakim Sayani Mohd Nor.

caprice1 - 1

Perkongsian Caprice di Instastory miliknya.

"Dalam perintah injunksi interim, Caprice kena padam semua posting yang ada kaitan dan tidak boleh langsung cakap fasal kes ini atau apa-apa kaitan dengan kes tersebut.

"Atau fasal orang-orang yang terlibat dengan kes tersebut secara directly, indirectly dalam apa-apa bentuk atau platform," katanya.

Caprice berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Video kontroversi kena padam, Ebit Lew dapat perintah injunksi terhadap Caprice dan Mondy Tattoo

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew fail saman fitnah terhadap Caprice dan Mondy Tattoo

Penyanyi lagu Keep Flying ini bagaimanapun memberitahu dia akan meneruskan perjuangan untuk mendapatkan keadilan undang-undang menerusi wakil peguam.

Caprice juga memohon maaf kerana tidak lagi boleh mencari keadilan bagi pihak yang menghubunginya untuk berkongsi kisah gangguan seksual yang diterima.

"Minta maaf semua. Kita akan teruskan fight melalui peguam kita... terima kasih.

"Insya-Allah kebenaran tidak boleh disembunyikan walaupun sekuat mana kita cuba untuk berselindung... kami akan melawan habis-habisan.

"Mohon maaf kepada semua mangsa-mangsa yang minta tolong saya sebelum ini untuk kedepan dan bela mereka.

"Buat sementara ini, saya tak boleh buat apa-apa," ujarnya.

caprice2 - 1

Caprice tidak lagi boleh bercakap soal Mondy.

Pada 5 Oktober lalu, Ebit atau Ebit Erawan Ibrahim Lew, 39, memperoleh injunksi interim bagi menghalang Caprice dan personaliti media sosial iaitu Mondy daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh mencemarkan nama baiknya.

Penyanyi itu diperintahkan memadam video dan rakaman berkenaan dalam tempoh 24 jam selepas perintah injunksi sementara itu dikeluarkan.

Pada 22 September, Ebit memfailkan saman terhadap Caprice dan Mondy di Mahkamah Shah Alam.

Saman tersebut dibuat melalui peguamnya yang diwakili oleh Datuk Akberdin Abd Kader.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain