IBU kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman terus menjadi sasaran kecaman netizen susulan kontrovesi keluarga yang sedang hangat diperkatakan. Menerusi satu komen-komen yang ditinggalkan pada hantaran di laman Instagram miliknya, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tanggungjawab Fauziah, 56, sebagai seorang ibu. Malah ada juga menuduh Fauziah mengambil kesempatan terhadap kejayaan Shila sebagai seorang penyanyi untuk terus bekerja menyara keluarga. Fauziah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan kontroversi anak-anak. "Ibu jenis apa yang biarkan keluarga ambil kesempatan pegang duit Shila sampai dia umur 30 tahun. Nampak sangat ibunya bersubahat. Jangan lupa minta maaf dengan anak sebelum meninggal dunia. "Jangan kata orang tua tiada dosa dekat anak. Kena fikir juga diri pun ada juga buat dosa dekat anak tanpa sedar. "Tolong ingat jasa Shila selama ini, semua kebaikan yang dia pernah buat. Jangan disebabkan satu kesalahan, semua nak benci dan pulaukan dia," komen netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Adik lelaki dedah kronologi isu jual banglo... Dakwa Shila Amzah datang tendang pintu rumah, tengking ibu 'tak ada otak' ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq dakwa adik lelaki tiada fungsi, Shila pertahan Syahir sentiasa bersama susah dan senang Dalam masa sama ada juga yang kurang senang dan melihat Fauziah seakan pilih bulu dan lebih berpihak kepada dua orang anaknya iaitu Amir Syafiq dan Syada Amzah. Selain itu, netizen turut melemparkan kecaman terhadap Syafiq selepas dia secara terbuka mendedahkan konflik keluarga selain bercakap buruk tentang Shila. "Aunty tolong nasihat sikit anak aunty yang nombor dua (Syafiq) dan nombor empat (Syada) tu jangan buka aib keluarga dan kutuk kakak sendiri. Nama anak-anak Fauziah menjadi bualan hangat netizen. "Sudahlah tidak bekerja... Si kakak yang tanggung semua. Buat malu sahaja. Si Syafiq tu nafkah anak pun culas... bekas isteri sendiri beritahu. "Aunty tolong nasihatkan anak aunty yang lelaki tu jadi seorang yang bertanggungjawab. Lelaki kena jadi orang yang bertanggungjawab," tulis netizen lagi. Pada Isnin lalu, Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya yang didakwa bakal dijual. Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya daripada banglo tersebut. Jelas Shila, tujuan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa untuk ibu mereka. Isu ini terus berlarutan apabila Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah tersebut. Dia juga mendakwa Shila berniat menjual rumah tersebut kerana memiliki nilai tinggi dalam pasaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!