suria

Sharnaaz Ahmad mahu ‘duku’ kepala The Rock, kenyataan tentang konflik Palestin-Israel membuta tuli

Sharnaaz bengang dengan tindakan The Rock.

TINDAKAN bintang terkenal Hollywood The Rock melabel pejuang Islam di Palestin yang menentang Israel sebagai pengganas mengundang kemarahan pelbagai pihak.

The Rock atau Dwayne Douglas Johnson, 51, menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa marah dengan pembunuhan kejam serta penculikan golongan Yahudi oleh Hamas.

"Saya patah hati, marah dan muak dengan pembunuhan kejam serta penculikan orang Yahudi menerusi tindakan kumpulan pengganas Hamas.

rock2 - 1

Kenyataan The Rock yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Kehilangan banyak nyawa rakyat Israel dan Palestin yang tidak berdosa sangat menyaayat hari apabila perang ini semakin memuncak," katanya.

Kenyataan itu turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang kecewa dengan kenyataan The Rock yang disifatkan dibuat secara membuta tuli tanpa mengetahui sejarah sebenar perbalahan antara Palestin dan pihak zionis itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner koyak kena sekolah dengan netizen, padam hantaran sokongan terhadap Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu... Masjid dibiayai rakyat Malaysia musnah menyembah bumi dibom Israel, bantuan kepada Palestin diteruskan

"Hey botak, berapa banyak kau cucuk testeron pun tetap bahalol... buta kayu.

"Boleh tak aku duku kepala hang (kau) sekali saja please," katanya.

Dalam pada itu, penyampai radio Jaa Suzuran atau Mohamad Fizal Ahmad, 29, menggunakan dialek Kelantan yang memohon The Rock untuk membuat kajian tentang sejarah peperangan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

"Rock (panggilan The Rock), kenapa nampak bodoh sehari dua ni... cuba buat research dulu. Apa-apa pun Free Palestine," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon filem Rampage itu juga mengakui luahan yang dibuat itu tanpa mengetahui kisah konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel secara menyeluruh.

"Saya tidak berpura-pura yang saya mengetahui segala-galanya mengenai konflik di Timur Tengah itu kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam," jelasnya.

rock1 - 1

Sharnaaz dan Jaa sempat meninggalkan komen di Instagram milik The Rock.

Pada 7 Oktober lalu, sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam melancarkan serangan besar-besaran susulan pencerobohan ke atas Palestin oleh pihak Israel.

Kira-kira 5,000 peluru berpandu dilancarkan, selain pejuang Hamas berjaya melolosi sempadan yang berkubu kuat di beberapa lokasi melalui udara, darat dan laut.

Susulan itu, tentera Israel melancarkan 'Operasi Pedang Besi' terhadap pejuang Hamas sebagai tindak balas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain