suria

Syafiq dakwa adik lelaki tiada fungsi, Shila pertahan Syahir sentiasa bersama susah dan senang

Perbalahan keluarga Shila semakin panas selepas nama adiknya, Syahir juga terlibat.

AMIR Syafiq mendakwa dia dan adik perempuannya iaitu Syada Amzah yang mengambil tanggungjawab menjaga ibu mereka di rumah.

Syafiq, 30, berkata, adik lelakinya iaitu Amir Syahir pula disifatkan sebagai tiada fungsi malah mendakwa lebih banyak membuat hal sendiri.

Malah kata Syafiq, ketika kekecohan berkaitan isu menjual banglo yang diduduki mereka, Syahir hanya membatu tanpa berkata apa-apa mempertahankan ibu mereka.

shila amzah 2

Syafiq mendakwa Syahir tidak mempertahankan ibu sendiri.

"Syahir ada dekat rumah tapi dia macam tiada fungsi.

"Dia duduk dalam bilik sahaja buat hal dia. Itu adalah Shahir, dia tahu waktu makan, baru dia akan keluar bilik.

"Syahir ada masa Shila maki mak tapi dia tak buat apa-apa. Bukan Shila sahaja maki tapi dengan pembantu peribadi dia sekali tengking mak... Tunding jari dekat mak saya dan Syahir diam sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dipanggil balaci... Pembantu peribadi gelar adik Shila Amzah gangster Langat, pukul perempuan - “Sabar dan hormat aku sudah habis”

ARTIKEL BERKAITAN: Adik lelaki dedah kronologi isu jual banglo... Dakwa Shila Amzah datang tendang pintu rumah, tengking ibu ‘tak ada otak’

"Korang tiada di rumah, korang tidak berada dalam situasi kami, jadi jangan masuk campur," katanya.

Syafiq mendedahkan perkara itu selepas netizen bertanya mengenai Syahir ketika membuat video siaran langsung di Tiktok pada malam Rabu.

Sementara itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menjelaskan Syahir adalah adik lelakinya yang sentiasa ada ketika dalam keadaan susah atau pun senang.

Syahir dulu pernah bekerja sebagai pembantu peribadi untuk sebuah syarikat sehinggalah dia berhenti kerja

SHILA AMZAH

PENYANYI

Kata Shila, ketika ini Syahir sering mengikutnya ke mana sahaja dia pergi selain membantu menguruskan kariernya apabila dia mempunyai sebarang projek.

"Syahir dulu pernah bekerja sebagai pembantu peribadi untuk sebuah syarikat sehinggalah dia berhenti kerja.

"Sejak itu, dia banyak ikut saya lebih-lebih lagi bila saya ada kerja, dia memang akan ikut saya," katanya.

shila amzah 33

Shila dan Syahir bakal bersaing di program Famili Duo

Sebelum ini, Shila memberitahu dia memilih Syahir sebagai pasangan duet menerusi program Famili Duo kerana serasi dan mempunyai hubungan rapat dengan adiknya itu.

Famili Duo musim ketiga bakal memperlihatkan enam pasangan duo berentap dan program itu bakal bersiaran pada 15 Oktober ini.

Kekecohon hubungan adik-beradik ini bermula apabila Syada memaklumkan banglo yang didiami bersama keluarga bakal dijual tanpa pengetahuan mereka.

Shila dalam kenyataan memaklumkan dia berhak menjual kediaman tersebut memandangkan banglo itu adalah di atas namanya.

Jelas penyanyi lagu Patah Seribu ini, dia mahu membeli rumah lain untuk ibunya dan tidak pernah timbul soal dia menghalau adik-beradiknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain