suria

Syada Amzah gagal buat reviu produk, bayaran RM350 belum dipulangkan semula

Syada didakwa tidak melakukan review produk seperti yang dijanjikan.

BELUM pun reda kemelut antara adik-beradik Shila Amzah, adik kepada penyanyi itu iaitu Syada Amzah didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab membuat reviu produk makanan selepas menerima bayaran.

Menurut Nur Khairunisa Omar, 27, atau lebih mesra disapa Nisa, dia memberitahu Syada gagal membuat reviu produk tersebut selepas menerima bayaran sebanyak RM350.

Kata Nisa, adik bongsu kepada Shila itu memberi alasan gagal melaksanakan tugasnya kerana kediaman mereka dilanda banjir.

syada2 - 1

Pendedahan Nisa yang dikongsi di aplikasi X.

"Syarikat yang saya bekerja itu mengeluarkan produk makanan frozen... kami mengupah influencer untuk buat reviu produk.

"Syada antara salah seorang influencer yang kami pilih. Perkara ini berlaku pada awal Februari 2022, kami berharap video reviu itu tidaklah diperam begitu lama.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq dakwa adik lelaki tiada fungsi, Shila pertahan Syahir sentiasa bersama susah dan senang

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bertubi-tubi tanya soalan culas bayar nafkah anak, adik Shila Amzah anggap hal peribadi - "Saya lebih tahu"

"Kami ada hubungi dia semula pada Mac tetapi dia hantar gambar rumahnya dilanda banjir. Kami menjual produk sejuk beku, jadi tak mahulah makanan itu berada dalam kualiti tidak baik," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Dalam pada itu, Nisa memberitahu pihaknya sudah memberi dua pilihan kepada Syada selain penyanyi itu ada meminta nombor akaun bank untuk memulangkan semula bayaran diterima sebelum ini.

Bagaimanapun kata Nisa, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang pembayaran malah Syada senyap selepas itu.

"Kami beri dia dua pilihan, sama ada untuk refund semula wang bayaran RM350 itu atau kami akan menghantar produk frozen yang baru... sebab katanya produk yang diberi tempoh hari sudah rosak.

"Kami sempat beri masa untuk dia bertenang daripada masalah banjir yang dihadapi... dia juga ada minta nombor akaun bank untuk bayar semula, tapi gagal berbuat demikian.

syada3 - 1

Syada didakwa tidak bertanggungjawab.

"Bila kami tanya lagi, dia tidak membalas DM kami. Kami juga ada berhubung dengan PA dia menerusi WhatsApp tetapi masih sama tidak mendapat respon," ujarnya.

Sebelum ini, Nisa berkongsi di aplikasi X mendakwa Syada masih gagal melaksanakan reviu produk dengan alasan rumahnya dilanda banjir.

Pada Disember 2021, kediaman keluarga Syada yang terletak di Kuala Langat, Selangor dinaiki air akibat hujan yang berterusan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain