suria

Influencer Elcah Hasha saksi Syada usaha cari kerja, belum rezeki sehebat Shila Amzah

Elcah tampil pertahankan Syada.

TIDAK sampai hati melihat rakan baiknya dihentam netizen, personaliti media sosial Elcah Hasha tampil mempertahankan Syada Amzah yang dikatakan tidak mempunyai pekerjaan.

Jelas Elcah, Syada sudah berusaha sehabis baik mencari pekerjaan namun sudah ditakdirkan rezekinya tidak sehebat kakaknya yang juga penynayi Shila Amzah.

"Kepada yang suruh saya pesan Syada pergi kerja, macam mana awak (netizen) tahu yang Syada tidak bekerja?

"Awak tak tahu dia macam nak mampus (mati) cari kerja sana sini. Usaha sana sini tetap Allah dah tetapkan di situ sahaja rezekinya, tak sehebat kakaknya.

elcah34 - 1

Perkongsian Elcah yang dimuat naik di Instastory miliknya.

"Lepas tu awak nak suruh Syada buat apa? Salahkan Tuhan ke?," katanya.

Elcah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah sudah kerja sejak usia 13 tahun, mahu kongsi penyata bank tapi bimbang riyak

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah gagal buat reviu produk, bayaran RM350 belum dipulangkan semula

Dalam pada itu, Elcah memberitahu dia sudah mengenali keluarga Syada lebih daripada 10 tahun dan menyifatkan mereka merupakan individu yang baik.

Pun begitu disebabkan salah faham yang berlaku antara adik-beradik membuatkan kemelut keluarga mereka menjadi teruk.

"Pada saya keluarga mereka sangat baik cuma salah faham adik-beradik... Saya rapat dengan keluarga mereka.

"Media sosial ini apa yang awak (netizen) nampak sahaja, sebaliknya yang berlaku awak tak tahu pun... Kakak dan adik ini baik," ujarnya.

Elcah bagaimanapun memohon agar netizen tidak lagi memberikan kecaman terhadap ibu Syada iaitu Fauziah Sarman.

Kata Elcah, ibu mereka sudah lama tertekan dengan pelbagai masalah sebelum ini dan meminta netizen tidak mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya cuma harap tolong berhenti menghantar komen negatif kepada Mamazie (panggilan ibu Syada), dia dah cukup terseksa dan makan hati dengan kes sebelum ini.

"Tolong berbuat baik guys, bagilah sokongan sikit dekat Mamazie. Apa perasaan korang jika perkara ini berlaku kepada ibu sendiri?," katanya.

elcah2 - 1

Nama Syada kini menjadi sebutan netizen.

Kemelut keluarga ini menjadi perhatian selepas Syada mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.

Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.

Lebih mengeruhkan keadaan, rata-rata netizen menyifatkan adik-beradik Shila tidak mahu bekerja dan hanya mahu menumpang kesenangan yang diperoleh kakaknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain