PENYANYI Aliff Aziz tampil membuat permohonan maaf kepada isterinya iaitu Bella Astillah susulan kenyataan dibuat tentang kehadiran Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) minggu lalu. Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, berkata, dia memohon maaf sekiranya kenyataan dikeluarkan telah menyakiti hati atau menyinggung perasaan Bella. "Kepada isteri tersayang, di tengah-tengah kekacauan isu yang melanda beberapa hari lalu, saya memohon maaf jika kenyataan yang saya berikan semasa temu bual menyakiti atau membuat anda berasa tersinggung sayang," katanya. Kenyataan Aliff berkenaan Sophia telah menggoreskan hati Bella. Aliff berkongsi permohonan maaf itu menerusi Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Aliff berkata, dia tidak pernah berniat membuat Bella berasa kecewa terhadapnya walaupun sedikit. ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan tentang Sophia seolah mahu jaga perasaan, Bella Astillah minta Aliff Aziz utama hatinya ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah dakwa Sophia Albarakbah menipu, keluar auditorium selepas Aliff selesai buat persembahan Jelasnya, Bella merupakan kekuatan dan pemangkin semangat bagi menjadikan dirinya lebih baik. "Saya tidak berniat untuk membuat awak berasa kecewa sedikit pun. Anda adalah kekuatan saya untuk membuat saya lebih baik. "Walaupun melalui semua kekecohan ini, saya masih merasakan anda sangat menyayangi saya. "Semoga Allah permudahkan untuk kita melalui masa yang sukar ini bersama-sama. Saya di sini dan hati saya milik awak," katanya. Aliff dan Bella berkahwin pada 2016. Sebelum ini, Aliff menerusi temu bual berkenaan memberitahu tidak mempunyai hak untuk menentukan siapa yang ingin hadir ke ASGV tersebut dan fokusnya hanya kepada pertandingan. Malah Aliff memberitahu belum berhubung dengan Sophia dan kehadiran aktres itu ke ASGV bersama sepupunya iaitu penyanyi Aisha Retno. Susulan itu, Bella menyelar kenyataan yang dibuat Aliff dan mempertikaikan kenyataan itu yang seolah-olah tidak menjaga perasaannya sebagai isteri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!