suria

Bekas isteri dedah adik Shila Amzah gadai gelang tangan miliknya, keluarga mentua tolong tebus selepas cerai

Anis dedah perangai sebenar bekas suami.

SATU demi satu perbuatan adik penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq terbongkar apabila bekas isterinya mendedahkan lelaki itu pernah menggadaikan gelang tangan miliknya.

Anis atau Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, berkata, perkara itu berlaku sekitar tujuh tahun lalu ketika mereka masih bergelar pasangan suami isteri.

Bagaimanapun selepas bercerai, Anis meminta Syafiq memulangkan semula gelang tangan tersebut namun bekas suaminya itu gagal menebus kembali barang kemas itu di kedai pajak.

anis1 - 1

Perkongsian Anis di TikTok miliknya.

"Kisah gadai gelang itu berlaku sewaktu saya masih lagi isterinya, sekitar tahun 2015 atau 2016. Dia kata nak gadai sebab nak pakai duit.

"Bila kami dah sah bercerai sudah tentu saya mahukan semula gelang saya... saya dah cakap tapi dia tak endah. Dia siap cakap suruh jual saja gelang tu sebab tak ada duit nak tebus.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas adik ipar pertahan Shila Amzah, bengang ex suami tiada kerja tetap ‘play victim’... "Dia jual gitar sebab nak duit"

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen bertubi-tubi tanya soalan culas bayar nafkah anak, adik Shila Amzah anggap hal peribadi - "Saya lebih tahu"

"Saya kata walau macam mana pun saya tetap mahukan gelang itu semula," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Anis memberitahu dia membuat pendedahan itu kerana berasa bengang dengan kenyataan Syafiq yang dianggap sering memutar belit cerita.

Dia (Syafiq) siap cakap suruh jual saja gelang tu sebab tak ada duit nak tebus.

NURUL ANIS WAHEEDA MOHD MOKHLIS

BEKAS ISTERI AMIR SYAFIQ

Sebelum ini, Anis memuat naik hantaran di TikTok yang memaparkan paparan skrin perbualan bersama bekas ibu mentuanya iaitu Fauziah Sarman berkenaan gelang berkenaan yang sudah ditebus.

Kata Anis, dia terpaksa meminta gelang tersebut daripada Fauziah kerana bekas suaminya itu gagal menebus semula barang kemas tersebut selepas mereka bercerai.

Menerusi paparan skrin itu, Fauziah menghantar mesej kepada Anis memaklumkan gelang tangan tersebut sudah ditebus dan meminta dia datang ke rumah mengambil barang kemas itu dan barang peribadinya di rumah.

anis2 - 1

Kemelut antara adik-beradik Shila masih belum berakhir.

Dalam pada itu, Anis berkata, Syafiq memperoleh sekitar RM2,500 selepas menggadai gelang tangan berkenaan di kedai pajak.

"Dia beritahu mahu pakai duit dan katanya nanti dia akan tebus semula. Harga sebenar gelang itu dalam RM4,000 dan dia dapat gadai dalam RM2,500.

"Tapi waktu itu saya tahu dia susah nak bayar semula sebab memang tahu dia tiada duit," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain