BAKI sehari sebelum gelanggang program Famili Duo musim ketiga (FD3) dibuka pada malam Ahad, semestinya semua peserta bertanding sedang membuat persiapan terakhir untuk memberikan persembahan terbaik. Namun lain pula bagi pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Amir Syahir yang terkait dengan krisis kekeluargaan. Hal itu tentunya memberi tekanan besar buat pasangan adik beradik tersebut. Perbalahan yang masih belum menemui jalan penyelesaian itu tentu sekali mengganggu emosi Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, malah besar kemungkinan dia tidak dapat memberikan persembahan terbaik pada minggu pembukaan tersebut. Masalah yang dihapi pastinya beri tekanan kepada Shila. Lebih parah apabila ibunya iaitu Fauziah Sarman enggan memaafkan Shila atas perbuatannya yang telah menggores hati. Peminat yang mengikuti perkembangan penyanyi itu turut meluahkan rasa bimbang Shila tidak dapat memberikan persembahan bertenaga meskipun dia cukup terkenal dengan disiplin dan kemantapan vokal ketika berada di pentas pertandingan. Ramai di antara mereka berharap Shila dan Syahir terus kuat dan tidak mempedulikan perkara negatif yang sedang hebat diperkatakan tentang mereka. Malah ramai meluahkan sokongan terhadap pasangan adik-beradik itu dan berharap mereka berdua dapat memberi persembahan terbaik mereka. ARTIKEL BERKENAAN: Fauziah Sarman terguris kata-kata kesat Shila Amzah, belum mampu maafkan anak - “Hati emak sudah dikisar halus” ARTIKEL BERKENAAN: Lama berdiam, Shila Amzah ‘meletup’ sebab dah penat pendam perasaan... Kecewa adik lelaki reka cerita dongeng isu jual rumah "Semoga berjaya untuk Famili Duo. Buat yang terbaik Shila dan Syahir. "Abaikan anasir tidak baik. Insya-Allah ada rezeki lebih baik buat kalian berdua. Jadikan apa yang berlaku sebagai pemangkin semangat untuk capai kejayaan dalam Famili Duo. "Kami (peminat) sentiasa berada di belakang anda berdua dan akan memberi sokongan seratus peratus kepada kalian. Jangan cepat mengalah," komen peminat. Kemelut keluarga itu tercetus sejak Isnin lalu apabila adik bongsu Shila iaitu Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediaman milik Shila yang bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa. Peminat mengharapkan Shila dapat berikan yang terbaik. Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan itu dan menyatakan dia mahu menjual banglo berkenaan kerana ingin mencari rumah baharu yang lebih selesa buat ibu mereka. Isu ini terus berlarutan apabila Shila dikatakan tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual rumah itu. Tidak terhenti di situ, Shila didakwa datang ke rumah keluarganya dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibunya sendiri. Fauziah berkata, dia sendiri tidak tergamak untuk menulis kata-kata yang keluar daripada mulut anak sulungnya itu hanya disebabkan rumah yang ingin dijualnya. Kemelut bermula apabila Shila ingin menjual banglo yang didiami keluarganya. Untuk rekod, FD3 bakal bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan Tonton. Lima pasangan duo yang berentap ialah Shila Amzah dan Amir Syahir, Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (adik-beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (sepupu), Ryan Bakery dan Adam Bakery (adik-beradik) serta Tom dan Fuad (suami isteri). Manakala satu lagi pasangan duo akan diumumkan pada minggu pertama FD3. Program lapan episod ini bakal menampilkan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!