ADIK kepada penyanyi Shila Amzah memaklumkan sudah berangkat ke China Sabtu lalu atas urusan kerja. Amir Syafiq, 30, memberitahu dia sepatutnya berangkat ke negara berkenaan pada 19 Oktober namun terpaksa ditangguhkan susulan beberapa masalah termasuk kemelut melanda keluarganya ketika ini. “Disebabkan fitnah daripada pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan kerja tergendala. "Alhamdulilah. Hari ini Allah bagi jalan untuk terus bekerja. Segala dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya," katanya. Perkongsian terbaharu adik Shila Amzah. Syafiq berkongsi perkara itu menerusi akaun TikTok miliknya yang memaparkan dirinya berada di lapangan terbang dipercayai bersedia untuk ke China. Bagi mengelakkan dirinya menerima pelbagai komen negatif daripada netizen, Syafiq juga bertindak menyahaktifkan ruangan komen TikTok miliknya. Dalam pada itu, Syafiq turut berterima kasih kepada pihak menyebarkan fitnah membabitkan dia bersama ibunya Fauziah Sarman, adiknya perempuannya Syada Amzah serta kekasihnya Eiza. ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tak selesa individu tiada pertalian ada di rumah, banglo pula dipenuhi kucing ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah beri tempoh sampai Jumaat, desak kekasih adik keluar dari banglo miliknya Dia juga sempat meninggalkan pesan kepada orang ramai untuk meminta maaf kepada ibu masing-masing sebelum terlambat sekali gus memaafkan orang-orang yang memfitnah dirinya. "Terima kasih pada semua yang telah fitnah kami. Saya memaafkan anda semua. Semoga Allah buka pintu hati kalian untuk lebih menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. "Dan juga, silalah cari ibu, mak, bonda, umi anda semua dan minta maaf minta ampun pada mereka, sebelum terlambat," ujarnya. Kemelut keluarga Shila Amzah terus jadi bualan hangat netizen. Kemelut keluarga Shila dan Syahir menjadi perhatian selepas adik mereka, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa. Shila bagaimanapun menyangkal dakwaan dia mahu menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka. Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut. Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!