suria

Elisya Sandha dituduh tak sensitif isu Palestin, ada sebab ‘upload’ foto seksi… Suami pantau hantaran di IG

Foto dan video yang dimuat naik untuk edisi sebuah majalah fesyen mendapat perhatian ramai.

PELAKON Elisya Sandha menjelaskan tindakannya berkongsi foto dan video berpenampilan seksi ketika dunia sedang menunjukkan solidariti terhadap Palestin kerana melaksanakan tuntutan kerja.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 24, berkata foto dan video tersebut yang dirakamkan untuk edisi sebuah majalah fesyen dikongsikan kerana mengikut tarikh yang sudah ditetapkan sebelum ini.

"Seperti mana orang di luar sana tidak tahu... itu adalah dateline waktu kerja saya.

elisya1 - 1

Elisya tenang menjawab kontroversi berkenaan berpakaian seksi.

"Apa-apa pun yang terjadi itulah masa dan waktu saya kena muat naik hantaran tersebut yang diberi mereka.

"Jadi saya tak boleh nak kata tidak sebab itu memang kerja saya. Mereka pula dah letak tarikh itu lama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan cakap fasal keluarga" - Elisya Sandha tertekan difitnah bermasam muka dengan ibu mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Untung Elisya Sandha dapat ibu mentua pandai memasak... Sheila Rusly terus terang jika masakan menantu tak sedap!

Elisha berkongsi perkara itu semasa ditemui di majlis Pelancaran dan Siaran Media: Unifi TV Originals - Nak Dengar Cerita Hantu? yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Menjawab mengenai pandangan ibu bapa mentuanya, Elisha memaklumkan Sheila Rusly dan Jinggo sangat memahami tuntutan kariernya sebagai anak seni.

Seperti mana orang di luar sana tidak tahu... itu adalah dateline waktu kerja saya.

ELISYA SANDHA

PELAKON

"Mungkin ibu mertua saya faham sebab mereka pun dalam industri yang sama. Dia tahu saya punya kerja sebelum berkahwin.

"Alhamdulillah, mereka tidak menghakimi tetapi berfikiran terbuka mengenainya," ujarnya.

Tambah Elisya, suaminya iaitu Uzair Haqimy, 25, akan menegur jika penampilannya terlalu seksi dan akan segera menurunkan hantaran yang dibuat di laman sosial.

Elisya memberitahu dia juga mempunyai had dalam berpakaian termasuk tidak menunjukkan lurah buah dada dan mengenakan skirt terlalu pendek.

elisya2 - 1

Elisya terikat dengan komitmen kerja.

"Bagi saya untuk tampil dalam majalah saya kena berani dengan penampilan berbeza.

"Untuk kelihatan 'antarabangsa' saya kena berpakaian seperti itu tapi saya tak pakai baju tunjuk lurah dan skirt pendek.

"Pakaian tanpa lengan itu rasanya bukan saya seorang yang pakai macam itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain