suria

Masih ada ruang selesai secara baik, keputusan rayuan Amelia Henderson bayar ganti rugi kepada A. Aida diketahui Jumaat ini

Keputusan rayuan Amelia bakal ditetapkan Mahkamah Tinggi.

KEPUTUSAN rayuan pelakon Amelia Henderson yang diperintah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada produksi A. Aida Production Sdn Bhd bakal diketahui Jumaat ini.

Penetapan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Leong Wai Hong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa selepas mendengar rayuan yang dikemukakan oleh peguam mewakili Amelia iaitu Mansheel Kaur.

Leong juga meminta kedua-dua pihak untuk memberi sebarang maklum balas sebelum tarikh berkenaan sekiranya ada penyelesaian secara baik antara mereka.

amelia 2

Amelia sebelum ini memohon penangguhan bayaran ganti rugi.

"Saya akan memberikan keputusan (rayuan Amelia) Jumaat ini. Jika pihak-pihak ada menyelesaikan perkara (rayuan) secara baik sebelum keputusan sila maklum juga pada Jumaat ini," katanya dalam prosiding yang berlangsung secara atas talian.

Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, sebelum ini memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada syarikat produksi milik Datuk A. Aida itu pada 18 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson enggan minta maaf seperti dituntut A. Aida

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson terima padah langgar kontrak dan fitnah... A. Aida dapat habuan RM200,000

Ganti rugi tersebut merupakan tuntutan saman yang dibuat oleh A. Aida susulan kegagalan pelakon itu mematuhi kontrak penglibatan dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia kemudian membuat rayuan penangguhan bayaran selain permohonan maaf terhadap A. Aida.

a aida 1

Idris dan A. Aida selesaikan kes saman di luar mahkamah.

Dalam perbicaraan sebelum ini Amelia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar kontrak berkenaan.

Kes ini turut melibatkan pelakon Idris Khan namun ia berjaya diselesaikan secara baik di luar mahkamah bersama A. Aida.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain