suria

Siti Nordiana tidak terpalit kontroversi, mudah bekerjasama dengan wartawan dedah bekas editor hiburan

Saksi dedah Siti Nordiana seorang yang mudah bekerjasama.

BEKAS editor hiburan Utusan Malaysia Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin tidak menyangka konflik melibatkan penyanyi Siti Nordiana dan juga lima rakannya yang lain berlarutan sehingga ke mahkamah.

Tengku Khalidah, 47, yang juga saksi ketiga kepada Siti Nordiana selaku plaintif kes berkenaan memberitahu penyanyi berkenaan seorang yang profesional dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang selebriti dikenali.

Jelasnya lagi, sepanjang penglibatan dalam dunia kewartawanan, Siti Nordiana merupakan seorang penyanyi yang sangat mudah berurusan.

nana1 - 1

Datuk Tengku Khalidah ketika ditemui media.

"Plaintif adalah seorang yang mudah berurusan dengan wartawan hiburan dan plaintif juga hampir tiada terbabit dengan isu-isu kontroversi yang boleh mengancam kewujudan plaintif sebagai penyanyi baru ketika itu.

"Saya juga menegaskan sepanjang bertugas, hampir tiada wartawan hiburan merungut, mengadu atau menyatakan rasa tidak puas hati sepanjang menyelesaikan tugasan dengan Siti Nordiana," katanya.

Tengku Khalidah memberitahu perkara itu semasa sesi jawapan oleh peguam plaintif iaitu Abang Azlan Abang Ariffin di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus dedah rupanya dah banyak kali 5 sekawan buat 'live' sindir Siti Nordiana

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lan Solo dan Syura serah kepada peguam, sedia turun naik mahkamah kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan

Dalam pada itu, Tengku Khalidah yang juga Presiden, Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) juga tidak bersetuju jika seseorang selebriti itu menggunakan medium siaran langsung di media sosial untuk memburuk-burukkan pihak lain sekiranya mempunyai masalah.

"Saya datang mahkamah bantu plaintif secara sukarela... Sebagai pejuang dalam bidang seni dan hiburan, saya melihat apa yang terjadi di antara plaintif dan defendan ini akan dijadikan rujukan dalam industri pada masa depan.

"Perkara ini perlu dihentikan bagi mengelakkan ia menjadi bahan rujukan. Kalau tidak berpuas hati, tidak perlu sampai besar-besarkan dengan cara buat rakaman atau siaran secara langsung memburukkan nama pihak terlibat.

Plaintif adalah seorang yang mudah berurusan dengan wartawan hiburan.

TENGKU KHALIDAH

SAKSI KETIGA

"Sebab itu saya muncul untuk beri penjelasan dan kesaksian saya," ujarnya.

Perbicaraan bersambung pada 28 November ini.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

nana2 - 1

Siti Nordiana menfailkan saman kepada lima sekawan pada Julai 2021.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain