suria

Uqasha Senrose dituduh tak jaga jarak bergambar dengan Azhar Idrus, Kamal Adli tegur kalau isteri buat silap - “Kalau rapat lari dah ustaz”

Uqasha berkongsi dua foto ketika bergambar dengan Azhar bagi menunjukkan perbezaan.

TINDAKAN pelakon Uqasha Senrose berkongsi foto bersama Azhar Idrus menjadi bualan ramai apabila dia didakwa tidak menjaga batas dan bergambar terlalu rapat dengan pendakwah terkenal berkenaan.

Enggan memanjangkan isu berkenaan, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menjelaskan dia tahu batasnya sebagai seorang wanita dan foto itu tidak menggambarkan situasi sebenar.

Uqasha sebaliknya memberitahu sudut dan sisi gambar yang dilihat membuatkan mereka kelihatan rapat walaupun sebaliknya.

"Orang kanan kiri tolak jadi tak seimbang kami berdua Ya Allah hai.

uq

Kamal turut menjelaskan situasi sebenar kejadian.

"Tak perlu kot mulut itu memandai kalau tak ada dekat tempat itu. Sudut dan sisi awak tengok itu nampak macam itu. Saya tahu batas saya," katanya.

Uqasha menjawab perkara itu di ruang komen hantaran Instagram miliknya bagi membalas semula tuduhan pengikutnya.

Menerusi foto yang dikongsikan itu juga memaparkan Uqasha mengenakan jubah berwarna krim berdiri di sisi Azhar sambil dikelilingi orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa jadi mangsa buli meninggal dunia, Uqasha Senrose terkejut kenapa mereka marahkan dia lagi?

ARTIKEL BERKAITAN: Individu buat dakwaan kaki buli mahu berbaik, Uqasha Senrose serah pihak berkuasa siasat tuduhan

Bagi memuaskan hati semua pihak, Uqasha turut memuat naik foto sama dalam sudut berbeza bagi menampakkan perbezaan jarak yang dijaga semasa bergambar dengan pendakwah tersebut.

"Ini dari sisi lain, tak nak orang fitnah cakap saya rapat tak tentu fasal, macam-macamlah manusia ini," luahnya.

Sementara itu, suami Uqasha iaitu pelakon Kamal Adli pula memberitahu dia akan menegur isterinya itu jika dia melakukan kesalahan.

"Sabar yang lain, kalau rapat sangat saya yang tegur siap-siap dah. Itu angle kamera sahaja, jangan mudah nak menaip itu ya.

"Kalau rapat sangat pun, lari dah ustaz itu. Dahlah cukuplah korang. Apa pun ustaz terbaik, insya-Allah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain