PERSONALITI media sosial Aisyah Hijanah berharap suaminya iaitu Alif Teega dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik terhadap dia dan isteri keduanya. Reda dengan pilihan dibuat suami, Aisyah juga memberitahu ketika ini juga dia menyerahkan semua urusan tersebut kepada Allah. "Abang, Aisyah harap Abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih Abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang. "Buat masa sekarang, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah," katanya. Pasangan ini baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keenam pada Sabtu. Aisyah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya. Sebelum itu, Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, membuat pengakuan berkahwin dua dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari. Dalam pada itu, Aisyah berkata, dia menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu bentuk ujian terhadap doanya yang ingin memasuki syurga Allah tanpa hisab. ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega mengaku sudah berkahwin dua, Aisyah Hijanah minta tak cakap buruk tentang suami ARTIKEL BERKAITAN: Isu staf nak bermadu dengan suami selesai, ujian buat Aisyah Hijanah dan Alif Teega kukuhkan perkahwinan Jelas Aisyah, 'harga' untuk mendapatkan syurga itu tidak mudah sebaliknya seseorang itu akan diuji sesuai dengan doa yang diminta. "Ini jalan dan doa yang Aisyah pilih, maka Aisyah perlu bersedia untuk sebarang ujian yang lebih besar akan datang kerana sasaran adalah syurga tanpa hisab," katanya. Baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keenam pada Sabtu, Aisyah memberitahu dia menyangka Alif adalah miliknya seorang buat selamanya. Sepanjang perkahwinan mereka, Aisyah menyifatkan suaminya itu banyak berkorban, memberi kebahagiaan selain mendidiknya dengan cara yang baik selain memberinya 'syurga' dunia. Aisyah perlu bersedia untuk sebarang ujian yang lebih besar akan datang kerana sasaran adalah syurga tanpa hisab. AISYAH HIJANAH PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Semuanya seperti magik. Melalui dia Aisyah banyak belajar mengenal hidup dan Tuhan. Kesedihan kehilangan seorang bapa digantikan dengan seorang lelaki yang baik. "Saya tidak percaya dengan konsep 'pinjaman Allah' sebab ingatkan Allah hadiahkan dia untuk saya selamanya," katanya. Tambah Aisyah, Allah memilihnya untuk mengharungi perjalanan ini dan sedar Alif bukan miliknya seorang sebaliknya kepunyaan wanita lain. "Tujuan kami maklumkan perkara ini supaya tiada timbul fitnah kepada suami saya. Semuanya adalah sementara. Alif mendedahkan sudah berkahwin dua menerusi hantaran di Instagram pada Ahad. "Benar, suami kami adalah pinjaman Allah dan Allah hanya memberikan yang terbaik. Biar Allah sahaja merancang apa yang terbaik buat kami di masa depan," ujarnya. Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri. Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!