suria

Keluarga dakwa Aisyah Hijanah dikawal Alif Teega agar buat kenyataan palsu untuk bersih nama

Aisyah didakwa bakal mengeluarkan kenyataan palsu berkenaan isu rumah tangga.

AHLI keluarga Aisyah Hijanah mendakwa personaliti media sosial itu dikawal oleh suaminya Alif Teega agar mengeluarkan kenyataan palsu bertujuan membersihkan namanya.

Justeru, Amirul Adni Rustam iaitu sepupu dan juga adik susuan Aisyah meminta masyarakat supaya tidak terpedaya dengan sebarang kenyataan dibuat wanita itu selepas ini.

"Jangan percaya pun kenyataan kakak (Aisyah) saya nanti. Dia telah dikawal oleh Alif untuk sucikan semula namanya.

Pendedahan yang dimuat naik Amirul di Instastory miliknya.

Pendedahan yang dimuat naik Amirul di Instastory miliknya.

"Dah buat tapi tak nak terima kesalahan. Kalau orang buang air besar tengah jalan pun mana ada yang nak mengakukan?" katanya.

Amirul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Amirul turut memohon Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, berhenti mengugut Aisyah demi kepentingan peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli keluarga dakwa Aliff Teega abai tanggungjawab ketika isteri mengandung

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega mengaku kahwin dua, Aisyah Hijanah minta tak cakap buruk tentang suami

Kata Amirul, dia berdoa agar kebenaran dapat ditegakkan selain sudah penat melihat sikap Alif terhadap Aisyah.

"Tunggu sahaja kenyataan palsu daripada kakak saya. Wahai Alif tolong jangan gertak isteri kau. Nak suruh kakak aku bersihkan nama kau yang sudah buruk, kan?

"Moga kebenaran akan terbongkar. Kalau dah buat sesuatu itu tolonglah fikir akibatnya. Sudah-sudahlah kawal isteri kau itu atas kepentingan kau.

"Dengan tak jumpa Umi ya, penatlah dengan jantan macam kau ini," katanya lagi.

Aisyah dimadukan ketika sedang hamil anak ketiga.

Aisyah dimadukan ketika sedang hamil anak ketiga.

Sebelum ini, Amirul membuat pendedahan mendakwa Alif pernah memukul isterinya dan mereka sekeluarga mengetahui serta menjadi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. .

Malah Amirul mendakwa, Alif menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika Aisyah sedang hamil anak ketiga.

Pada petang Ahad lalu, Alif membuat pengakuan dia berpoligami dan penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 28, pula meminta orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan kedua suaminya itu dan meminta mendoakan kebahagiaan Aliff dan isteri baharunya yang tidak didedahkan identitimya.

teega11 - 1

Aisyah didakwa sedang dikawal oleh Alif.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka dilanda ujian apabila ada pihak ketiga yang juga pekerja sendiri cuba mendekati Alif.

Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain