SYARIKAT rakaman Warner Music Malaysia menerima kecaman netizen selepas tular berita mendakwa kononnya kontrak penyanyi Kaka Azraff ditamatkan berkuat kuasa mulai 31 Disember ini. Keputusan tersebut dikatakan berpunca kelantangan Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, mengecam tindakan tidak berperikemanusian dilakukan Israel terhadap Palestin. Gara-gara berita tular itu, Instagram Warner Music Malaysia menerima komen kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati dan mahukan penjelasan lanjut daripada syarikat rakaman berkenaan. Peminat Malaysia memberi sokongan penuh terhadap Kaka. Malah ada juga yang meluahkan rasa marah dan meminta syarikat itu menghentikan operasi di negara ini. "Warner Music secara terangan menyokong Israel dengan membuang Kaka. Mohon keluar dari Malaysia. "Duduk Malaysia tak perlu nak jadi lembu dicucuk hidung Zionis sangat. ARTIKEL BERKAITAN: Maklumat diri didedah gara-gara lantang isu Palestin, Kaka Azraff kekal tenang diserang penyokong Israel ‘koyak’ ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff selamat bersalin hero ketiga, sempat makan durian walau tengah tahan sakit "Memang silap besar Warner Music. Dia tak tahu netizen Malaysia macam mana," komen netizen di posting terbaharu label berkenaan. Sebelum ini nama Kaka menjadi bualan hangat selepas dia disenaraikan oleh sebuah laman sosial, Jew Hate Database sebagai artis pro Palestin. Perkara itu bermula susulan tindakan berani Kaka meninggalkan komen mengecam pempengaruh dan pelakon Australia pro-Israel, Nathaniel Buzolic beberapa minggu lalu. Satu laman sosial pro-Israel mengecam kelantangan Kaka. Laman sosial berkenaan juga menjalankan kempen menjatuhkan Kaka dan memperkenalkannya sebagai penyanyi yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia. Dalam temubual bersama mStar pada Jumaat lalu, Kaka memilih untuk tidak mengulas tentang isu penamatan kontrak tersebut dan mohon diberi masa sebelum membuat sebarang kenyataan. Sementara pada 13 Oktober lalu, syarikat Warner Music Group memuat naik hantaran Instagram yang menyatakan sokongan terhadap Israel selain turut melabelkan Hamas sebagai kumpulan pengganas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!