suria

Adira fail cerai kali kedua terhadap suami, hakim tegur Datuk Red cuba lambatkan kes

Adira memfailkan cerai terhadap suaminya pada 25 Oktober lalu.

PENYANYI Adira Suhaimi memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada 25 Oktober lalu.

Permohonan tersebut adalah kali kedua dibuat Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, terhadap Adnan selepas memfailkan tuntutan sama pada 1 April 2019.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Dalam pada itu, sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin, Adira hadir bersama kakaknya iaitu Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).

553 (4)

Datuk Red sebelum ini pernah hadir ke Famili Duo 3 bagi memberi sokongan terhadap Adira.

Adnan atau lebih mesra dengan sapaan Datuk Red, 42, bagaimanapun gagal tampil bersama wakil bagi meneruskan proses tersebut.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar yang mendengar kes tersebut menegur tindakan Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan proses JKP.

Sehubungan itu, Abdul Hadi menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

Kemunculan Adira di mahkamah mengejutkan memandangkan penyanyi itu baru sahaja selesai membuat persembahan di peringkat akhir Famili Duo 3 (FD3) bersama Emma pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak mahu cerai, Datuk Red dapat peluang kedua - “Tidak letak syarat, namun sebagai manusia saya juga ada hadnya”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira tak pernah bawa suami ke mana-mana acara hiburan, suami datang Famili Duo sebab anak

Pada pertandingan itu, Adira dilihat memberikan persembahan bertenaga tanpa memperlihatkan dia sedang berdepan dengan sebarang masalah berkaitan perkahwinannya dengan Adnan.

Malah pada minggu ketiga pertandingan itu, Adnan turut hadir memberi sokongan kepada Adira dan anak perempuan mereka Anggrek yang muncul dalam persembahan ibunya.

Kehadiran Adnan itu juga turut melenyapkan spekulasi rumah tangga pasangan tersebut dikatakan sedang bergolak.

Adira menerusi temu bual bersama mStar juga menyifatkan gosip berhubung rumah tangganya adalah lumrah sebagai seorang selebriti.

27F1763C-CA95-495B-86A3-2523FE333C59

Adira dan Datuk Red berkahwin pada 2015 di Songkhla, Thailand.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala perkahwinan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain