TIDAK mahu timbul sebarang kontroversi menjadi faktor nama pengarah Areel Abu Bakar digugurkan daripada produksi filem terbaharu berjudul Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Perkara tersebut didedahkan oleh penerbit Studio Kembara Sdn Bhd iaitu Abdul Rahman Mat Dali yang memaklumkan pihak produksi turut mengambil kira beberapa faktor lain sebelum keputusan tersebut dibuat. "Keputusan tersebut dibuat demi kepentingan Studio Kembara, mutu industri filem dan kepuasan penonton. Pastinya kami mahukan hasil yang terbaik untuk filem ini. Rahman masih merahsiakan nama pengarah yang menggantikan Areel. "Kami tidak mahu terlibat dengan kontroversi dan enggan babitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbahasan," katanya kepada mStar. Rahman ditemui ketika majlis pelancanran trailer dan lagu tema filem berkenaan yang berlangsung di Cyberjaya pada Selasa. Sebelum ini, Areel meluahkan rasa terkejut apabila namanya secara tiba-tiba digugurkan sebagai pengarah filem itu tanpa sebarang perbincangan. ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah murung tiga hari, nama tiba-tiba kena gugur arah filem produksi Mat Kilau ARTIKEL BERKAITAN: Individu dakwa penerbit ‘Mat Kilau’ hutang RM150,000 berdepan saman, ada bukti status pemilikan tanah bukan miliknya ketika penggambaran Malah dia sendiri tidak pasti punca sebenar keputusan tersebut dibuat dan pihaknya juga belum menerima bayaran penuh hasil kerja yang telah dilakukan. Menjawab tentang perkara itu, Rahman memaklumkan pihak sudah memanggil Areel namun pengarah itu enggan berjumpa. "Saya tidak ingat tarikh yang sebenar, tetapi rasanya sekitar empat bulan lalu kami ada memanggil namun dia enggan berjumpa," ujarnya. Siapa pengarah yang menggantikan Areel biarlah misteri ABDUL RAHMAN MAT DALI PENERBIT Dalam pada itu, Rahman juga memberitahu tidak semua hasil pengarahan Areel digunakan sebagai dalam filem yang bakal memulakan tayangan pada 11 Januari tahun depan itu. Malah pihaknya juga memilih untuk merahsiakan nama pengarah yang terlibat menggantikan Areel. "Terpulang kepada produksi untuk menggunakan hasil kerjanya, tidak semua yang dihasilkan kami guna. Fattah Amin (kiri) menjadi teraju utama dalam Pendekar Awang Darah Indera Gajah. "Kami juga akan berbincang samada mahu meletakkan namanya dalam senarai kredit atau tidak. Siapa pengarah yang menggantikan Areel biarlah misteri dan akan kami umumkan pada tayangan perdana nanti," jelasnya. Untuk rekod, Pendekar Awang Darah Indera Gajah merupakan filem kedua terbitan Studio Kembara selepas Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!