suria

Isu selesai! Syarikat rakaman sepakat henti perbalahan, Ernie Zakri nyanyi ‘Astana’ di SFMM38

Ernie teruja dan gembira akhirnya dapat nyanyi lagu Astana.

PENYANYI Ernie Zakri akhirnya bakal menyanyikan sendiri lagu Astana di hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM38) yang akan berlangsung pada Sabtu.

Universal Music Malaysia menjelaskan keputusan itu dibuat selepas syarikat rakaman lama Ernie iaitu Rocketfeul Entertainment menghubungi pihak pengurusan label berkenaan pada Khamis lalu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pihak sepakat enggan isu lagu Astana terus menjadi perdebatan dan keputusan yang dicapai bagi kebaikan semua pihak.

401107224_1810924959367896_5628078027884940644_n

Dua syarikat rakaman setuju Ernie nyanyikan lagu Astana.

"Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal serta komposer lagu Astana untuk membuat persembahan.

"Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, RIM menyerahkan perkara ini kepada kami untuk membuat keputusan,” kata wakil Universal Music Malaysia menerusi satu kenyataan kepada mStar pada malam Jumaat.

Sementara itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, meluahkan rasa lega dan gembira apabila diberi pulang untuk menyanyikan sendiri lagu Astana.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti penyanyi dibuat tanpa pengetahuan, Ernie Zakri tak teragak-agak tarik diri dari SFMM38

ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera hanya penyanyi ganti, terpaksa telan kemarahan peminat isu lagu ‘Astana’

Dia juga bersyukur apabila pihak syarikat rakamannya tidak menghalang dia menyanyikan lagu tersebut di SFMM38 nanti.

"Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini.

“Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.

"Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab mempersembahkan lagu Astana," luahnya.

2029031

Ernie janji buat yang terbaik untuk semua pihak.

Sebelum ini, Nadeera diumumkan sebagai pengganti Ernie bagi menyanyikan lagu Astana dan ia mengejutkan ramai pihak terutama dalam kalangan peminat.

Bagaimanapun, Rocketfuel dalam satu komen di Instagram mereka menjelaskan keputusan tersebut dibuat adalah atas persetujuan Ernie sendiri yang memutuskan untuk tidak menyanyikan lagu tersebut.

Ernie juga dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan dia sama sekali tidak pernah mengatakan tidak mahu menyanyikan lagu tersebut.

Untuk info, Ernie sebelum ini merupakan artis dibawah syarikat rakaman Rocketfuel Entertainment sebelum berpindah kepada Universal Music Malaysia.

Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain