suria

Datuk Red masih datang jenguk anak-anak, Adira nampak penceraian jalan selesai isu rumah tangga

Adira nekad teruskan penceraian.

PENYANYI Adira Suhaimi nekad meneruskan penceraian dengan suami, Datuk Seri Adnan Abu yang difailkan pada 25 Oktober lalu.

Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, perpisahan merupakan satu-satunya jalan bagi menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

"Apa yang saya boleh cakap adalah semua ditentukan Allah. Tetapi apa yang saya nampak (ketika ini), itu (penceraian) sahaja jalan.

"Saya perlukan doa yang baik-baik. Setakat ini itu sahaja jalan yang saya nampak. Kehadapannya saya tidak tahu," katanya menerusi temu bual program Melodi pada Ahad.

Adira 1

Adira semasa sesi temu bual tersebut.

Ditanya sama ada masih tinggal serumah dengan suami, Adira enggan memberi respon sebaliknya tidak pernah menghalang jika Adnan atau Datuk Red bertemu dengan anak-anak.

Kata Adira lagi, hubungannya dengan Adnan ketika ini juga dalam keadaan baik malah suaminya sering datang melawat anak-anak di rumah.

"Saya tak halang suami jumpa anak-anak sebab dia masih berstatus suami saya.

"Kami baik sahaja. Tak halang (Adnan) bertemu anak-anak. Dia selalu juga datang rumah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada persefahaman punca Adira fail cerai, Datuk Red mahu selamatkan rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Adira fail cerai kali kedua terhadap suami, hakim tegur Datuk Red cuba lambatkan kes

Pada 4 Disember lalu, pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor bagi urusan lantikan wakil proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Adira menamakan kakaknya, Emma Suhaimi dalam proses itu manakala Adnan gagal menampilkan sebarang wakil.

Peguam mewakili Adnan iaitu Muhammad Akmal Amzan berkata, Adira memfailkan penceraian selepas tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Muhammad Akmal Amzan bagaimanapun memberitahu anak guamnya tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

Adira 2

Hubungan Adira dan suami baik-baik sahaja.

Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019.

Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Adira 3

Hasil perkahwinan, Adira mempunyai empat cahaya mata.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain