suria

[V] PU Azman diperintah bela diri kes amang seksual remaja 17 tahun... Yakin ada hikmah atas musibah menimpa

Azman percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

DIPERINTAH membela diri berhubung dua pertuduhan amang seksual, Pencetus Ummah (PU) Azman meletakkan harapan agar ada sinar baharu untuk dirinya pada tahun 2024.

Azman atau Azman Shah Alias, 42, percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan menerima apa jua takdir tertulis dalam hidupnya itu.

"Saya sangat bersyukur dan Alhamdulilah atas musibah yang menimpa dan ada hikmah daripada Allah pasti ada, tak ada nak cakap apa dan saya terima apa yang terjadi sekarang ini.

"Setiap orang ada impian untuk lakukan perubahan sesuatu yang terbaik dalam hidup tapi untuk masa depan tak boleh nak jangka cuma ikut saja apa yang terjadi dan harap yang terbaik," katanya kepada pemberita.

pu3 - 1

Azman diperintah untuk bela diri.

Azman atau lebih mesra disapa Cik Man berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding keputusan kes amang seksual di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor pada pagi Selasa.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan Azman membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

Hakim Syafeera Mohd. Said memberi tiga pilihan kepada Azman sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi, memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh atau berdiam diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes amang seksual PU Azman disambung semula, hakim perintah prosiding secara tertutup

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setahun naik turun mahkamah, PU Azman harap 2024 bawa sinar baharu

Azman kemudian memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah.

Sementara itu peguam mewakili Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka dan akan tampil membuat pembelaan terhadap anak guamnya itu.

"Keputusan pendakwaan ini masih diteruskan dan akan ada sebutan baharu di hadapan hakim baharu, sekarang di peringkat pembelaan jadi kami akan lakukan sebaik mungkin untuk membuat pembelaan terhadap anak guam," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Azman didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki.

pu1 - 1

Zahid mewakili Azman menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka.

Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan- Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 Januari 2024 sebagai tarikh sebutan kes.

Azman turut menghadapi sembilan lagi pertuduhan iaitu lima di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain